Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memasuki hari ke-14. Namun, masih ada yang terus melakukan kesalahan PKP. Berikut lima tumpuan dalam kenyataan media PKPP hari ini:

1. Semalam, PDRM menahan 210 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. 10 individu direman, seorang individu dijamin dan 199 individu dikompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pub dan kelab malam (72) dan aktiviti yang tidak mengikuti SOP (138).

2. Semalam, PDRM membuat 74 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 37,281 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

3. Sejak 24 Julai sehingga 27 Julai 2020, 1,631 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 9 Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor.

4. Semalam , PDRM melakukan 1,776 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

5. Dari 20 April sehingga 27 Julai 2020, jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP adalah 3,479 tapak binaan manakala 568 tapak binaan lagi tidak patuh SOP dan diberi amaran.