Kerajaan pada Jumaat membenarkan semula aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat beli belah di seluruh negara.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Kalau dulu kita lihat banyak di kawasan pusat beli belah, ada ruang legar biasanya digunakan untuk menyediakan aktiviti promosi jualan.

"Namun, (kebenaran) tersebut dengan syarat... SOP seperti biasa iaitu penjarakan sosial dan sebagainya," katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.