Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghantar surat kepada Presiden Indonesia Joko Widodo secepat mungkin berhubung isu jerebu rentas sempadan.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata beliau telah berbincang dengan Dr Mahathir mengenai perkara berkenaan.
"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju untuk menulis surat kepada Presiden Jokowi untuk menarik perhatian beliau atas isu jerebu merentasi sempadan ini," kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Hari Inovasi Kejuruteraan-Industri Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini jerebu rentas sempadan yang turut melibatkan Indonesia.
Terdahulu, kerajaan juga telah mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia untuk menjelaskan status terkini jerebu di negeri ini.
"Kita dapat kerjasama daripada wakil kedutaan dan apa yang Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Dr Siti Nurbaya Bakar katakan itu, mungkin dia tidak pergi ke asmc.asean.org yang mana merupakan lama web yang diiktiraf ASEAN, di mana data.. apa yang kita gunakan untuk tengok sama ada jerebu lintas sempadan ke atau tidak," katanya yang menambah data di laman web berkenaan menunjukkan jerebu dari Indonesia.
BACA: Indonesia kata jerebu berasal dari Sarawak
BACA: Jerebu: Lihat saja data, tak perlu nafi lagi, kata Bee Yin kepada Nurbaya
BACA: Jerebu: Bukan protes tapi tawar bantu Indonesia tangani kebakaran - Duta Malaysia
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat aduan rasmi berhubung dakwaan Siti Nurbaya semalam mengenai jerebu berpunca dari Malaysia.
Justeru, beliau berharap agar kerajaan Indonesia dapat meningkatkan jentera mereka untuk menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera
"Hari ini,titik panas di Kalimantan meningkat lagi, semalam 480 lebih, hari ini meningkat kepada 1,188 titik panas. Di Sumatera pula hari ini 431 titik panas, sementara kita ada lima iaitu empat di Sabah dan Sarawak manakala satu di Semenanjung.
"Kita akan sedia memadamkan semua api di Malaysia dan kita juga berharap Indonesia akan bertanggungjawab atas api dan kebakaran di Indonesia," tambahnya lagi.
Sementara itu, Yeo berkata operasi pembenihan awan akan diadakan di Sarawak seawalnya hari ini bagi mengatasi jerebu yang melanda negeri itu.
"Kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat telah bersiap siaga di Sarawak untuk melihat sama ada situasi awan adalah sesuai untuk operasi pembenihan awal. Kalau sesuai, kita akan buat (seawalnya) hari ini," kata beliau.
Beliau berkata pembenihan awan dilakukan di Sarawak berikutan negeri itu dilanda jerebu yang dilihat agak serius hari ini dari semalam berikutan peningkatan titik panas mendadak di Kalimantan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
Kerajaan juga telah mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia untuk menjelaskan status terkini jerebu di negeri ini. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.