Beberapa kumpulan hari ini menyangkal perkara-perkara yang diketengahkan di dalam surat terbuka 25 bekas pegawai tinggi Melayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan itu terdiri daripada Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Persatuan Peguam Sharie Malaysia (PGSM) dan Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) berkata kesemua penulis surat itu menyeru ke arah kesederhanaan tetapi gagal menjelaskan konsep itu yang dikatakan diguna pakai oleh kerajaan Malaysia.

“Penulis-penulis itu telah mengambil pendirian bahawa meneruskan pemakaian undang-undang Islam yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan di negara ini, bertentangan dengan idea kesederhanaan yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia.

“Penulis-penulis itu tidak menjelaskan konsep kesederhanaan yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia itu dan dalam bentuk apa kedudukan perlembagaan dan konflik undang-undang Islam dengan konsep kesederhanaan diaplikasikan.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menghuraikan maksudnya dalam konteks itu dan menjelaskan perbezaan yang penting antara kesederhanaan dan ekstremisma.

“Konsep kesederhanaan yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia adalah berdasarkan seruan Al-Quran untuk keadilan dan ekuiti, kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan, dan mengelakkan ekstremisme.

Prinsip-prinsip kesederhanaan ini terkandung di dalam penerbitan rasmi JAKIM pada tahun 2013,” kata kumpulan itu di dalam satu kenyataan media.

Klik sini untuk berita penuh