Pihak Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini melalui kenyataan rasmi menjelaskan mengenai laporan yang menjadi viral di media sosial iaitu mengenai kenderaan model Exora yang terbakar.
Kenyataan daripada Proton itu adalah merujuk kepada beberapa gambar yang kini mula disebar luas di media sosial mengenai sebuah Proton Exora yang terbakar di susur keluar Cheneh di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari 2015.
Dalam gambar tersebut, sesetengah warga siber mendakwa bahawa Exora tersebut terbakar antaranya disebabkan aspek peningkatan suhu dan akibat mengisi minyak dengan penuh.
Sementara itu, ada pula yang berspekulasi bahasa insiden itu berlaku kerana tangki minyak yang bocor.
“Pihak Proton ingin menegaskan bahawa syarikat ini tidak berkompromi atas sebarang isu kualiti yang boleh menyebabkan gangguan fungsi kepada enjin atau kenderaan kami.
“Proton Exora merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara dengan lebih daripada 140,000 unit dijual seluruh dunia,” kata kenyataan itu.
Proton juga memberitahu, pihaknya sangat mengambil berat tentang situasi tersebut dan sedang menyiasat dengan terperinci. Proton juga telah menghubungi pemilik kenderaan itu bagi memastikan individu tersebut dan keluarganya dalam keadaan baik, selain mendapatkan butiran penuh mengenai Exora tersebut.
“Sehingga ke tahap ini, sebagai sebahagian daripada keutamaan kami terhadap hal keselamatan pelanggan dan prestasi kenderaan mereka, kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang awam agar tidak menyebarkan spekulasi berkenaan kejadian tersebut,” ujar kenyataan itu.
Media Statement
Wed Feb 18 2015
Pihak Proton menegaskan bahawa syarikat itu tidak berkompromi atas sebarang isu kualiti yang boleh menyebabkan gangguan fungsi kepada enjin atau kenderaan. - Gambar fail
Mahalini, Rizki Febian selamat diijabkabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Lima anggota penguat kuasa ditahan SPRM Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.
Nenek umur 75 tahun antara ditahan bersama dadah
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut
SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020.
Ganti hos penyejuk CFE: Proton panggil semula 94,577 kenderaan
Proton akan membelanjakan lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian perkhidmatan untuk menggantikan hos penyejuk CFE yang akan pecah disebabkan oleh degradasi.
GST: Proton kurangkan harga kereta sehingga 3.25 peratus
Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prev, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.