awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia beri lampu hijau teruskan pencarian MH370, Ocean Infinity terajui operasi
Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman trafik bernilai lebih RM19 juta
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
08:30 MYT
Lima penguat kuasa ditahan terima bayaran bulanan bocor maklumat operasi
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lima anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta suapan berjumlah RM29,000 sebagai 'habuan' membocorkan operasi pihak berkuasa.
Menurut sumber, kesemua suspek disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah sebanyak RM500 hingga RM1,500 secara bulanan melalui pindahan akaun orang tengah daripada sebuah syarikat perikanan sebagai dorongan untuk membocorkan maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan.
"Siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki terlibat dengan perbuatan itu antara tahun 2022 dan 2023.
"Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan antara 30-an hingga 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 2.45 petang pada Khamis di pejabat SPRM Perlis ketika diminta hadir memberi keterangan," katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rasuah penguat kuasa
#bocor maklumat operasi
#pengkhianat negara
#bayaran bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan