Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah semakin hampir dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Beliau berkata akan mengumumkan manifesto Barisan Nasional (BN) pada 7 April dan secara berkias menambah 'raya' semakin dekat.
"... ini ertinya raya sudah dekat dan sudah boleh pasang pelita. Kalau di luar bandar, kita pasang pelita masa hendak raya atau malam tujuh likur," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Lawatan Kerja dan Pelancaran Model Baharu Lot Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Kumai di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Pada majlis itu, Najib juga memulakan ucapannya dengan menyebut nama Anggota Parlimen Bera Ismail Sabri dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawahnya iaitu Guai Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman.
"Saya sebut nama mereka supaya semua boleh memberi sokongan kepada mereka, jika mereka calon BN sekali lagi. Saya tidak sebut Triang (di bawah DAP) buat masa ini. Mungkin saya akan sebut pada masa akan datang, insya-Allah," katanya.
Najib menambah selaku perdana menteri, tidak banyak yang dimintanya daripada masyarakat Bera, melainkan memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang dan merampas semula DUN Triang.
Spekulasi mengenai tarikh PRU14 semakin hebat diperkatakan dan semalam Pengarah Komunikasi Strategi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata bahawa Dewan Rakyat berkemungkinan dibubarkan pada akhir minggu ini.
Abdul Rahman berkata Najib dijangka akan berbuat demikian sebelum pelancaran manifesto BN yang difahamkan di Putrajaya, manakala hari terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah semakin hampir dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. -Gambar fail/Bernama
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).