Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melancarkan Dasar Komuniti Negara hari ini berkata, walaupun banyak halangan, Kerajaan akan cuba untuk tunaikan janji-janji.

Katanya, tidak ada makna sekiranya negara mencapai pembangunan yang tinggi, tetapi rakyat masih dibelenggu dengan masalah perumahan.

Sehubungan itu, Kerajaan setiap masa akan memikirkan dan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.