awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/04/2024
11:58 MYT
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat supaya meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kesederhanaan dan keinsafan.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Dalam hantaran di Instragram pada Selasa, Mahathir mengingatkan rakyat supaya tidak lupa saudara Islam di Palestin yang terpaksa berdepan dengan peperangan, kebuluran dan kesengsaraan.
"Di beberapa negara lain saudara sesama Islam kita terpaksa berhadapan dengan peperangan, kebuluran dan kesengsaraan.
"Apa yang terjadi di Palestin ketika kita sedang gembira meraikan hari raya bersama saudara mara dan sahabat handai, harus membuat kita banyak bersyukur serta insaf akan nikmat yang kita terima," katanya dalam Instagram rasmi beliau @chedetofficial, pada Selasa.
Dr Mahathir turut mengingatkan mereka yang pulang ke kampung supaya berhati-hati dan memandu dengan cermat.
Pada masa saya beliau mendoakan agar rakyat Malaysia terus mendapat kesejahteraan dan dan keampunan dari Allah SWT.
View this post on Instagram
A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Hari Raya Aidilfitri
#rakyat Malaysia
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan