Sampah jejaskan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Langat

Sampah jejaskan pengeluaran air terawat  di Loji Rawatan Air Sungai Langat
Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
KUALA LUMPUR: Pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sg Langat terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk, yang menyebabkan alat penapisan mekanikal (bandscreen) tersumbat dan 'trip'.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merupakan anggota kumpulan Air Selangor, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sampah di muka sauk sedang giat dijalankan.
"Insiden ini dijangka menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat," kata Syabas menerusi kenyataan yang dikeluarkan Abdul Raof Ahmad, Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, malam tadi.

"Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan yang terjejas," katanya sambil menambah maklumat serta senarai kawasan terjejas akan dimaklumkan.

Pengguna diminta merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

Tag: SYABAS, air, Air Selangor, Loji Rawatan Air Sg Langat, alat penapisan mekanikal, sampah sarap


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.