Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kini bebas pergi ke luar negara selepas sekatan perjalanannya ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia pada 8 Mei lepas.
Peguam M. Visvanathan, yang mewakili Mohamed Apandi berkata anak guamnya juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.
Peguam itu berkata permohonan itu ditarik balik berikutan surat yang diberikan oleh Jabatan Imigresen kepada pemohon (Mohamed Apandi) bertarikh 8 Mei lepas yang menarik balik larangan perjalanannya ke luar negara.
"Dengan ini, tidak ada apa-apa halangan atau sekatan terhadap anak guam saya ke luar negara. Saya bagi pihak anak guam amat berterima kasih kepada Pakatan Harapan, yang merupakan kerajaan sekarang kerana hak untuk pergi ke luar negara adalah hak kepada mana-mana rakyat Malaysia selagi orang itu tidak dituduh di mahkamah atau tidak mempunyai apa-apa sabitan berkenaan apa-apa kes jenayah.
"Sekiranya tidak ada apa-apa sekatan daripada pihak mahkamah, tiada alasan atau sebab kenapa mana-mana pihak perlu disekat perjalanan mereka," katanya ketika pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya hari ini.
Peguam itu berkata tiada kos diberikan oleh mahkamah berhubung penarikan balik permohonan anak guamnya. Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Mohamed Apandi bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.
Sementara itu, Peguam Persekutuan Istisyhad Ismail, bertindak bagi pihak Pengarah Jabatan Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden, yang hadir dalam prosiding itu mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen telah menarik balik sekatan perjalanan pemohon ke luar negara dan perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 8 Mei lepas.
Pada Mac lepas, Mohamed Apandi selaku pemohon memfailkan permohonan itu bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan arahan yang menghalangnya daripada mendapatkan pasport serta sekatan perjalanan oleh kesemua responden terhadap pemohon yang dimaklumkan secara lisan kepadanya pada 22 Feb lepas.
Mohamed Apandi juga memohon perintah deklarasi bahawa kesemua responden tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya ke luar negara selain memohon perintah mahkamah untuk menghalang responden daripada menyenarai hitam pemohon daripada keluar masuk negara.
Turut dipohon deklarasi bahawa arahan yang menghalangnya sekatan yang dikenakan terhadapnya melanggar Perkara 5(1), Perkara 8 dan/atau Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu ia tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.
Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Mohamed Apandi berkata pada 22 Feb lepas, beliau pergi ke Jabatan Imigresen Jalan Dutamas bagi memohon pasport baharu untuk tujuan perjalanan ke United Kingdom pada Julai ini bagi melawat anak lelakinya yang belajar jurusan undang-undang di situ.
Dakwanya, sewaktu berada di Jabatan Imigresen itu, beliau telah dimaklumkan secara lisan oleh seorang daripada pegawai yang bertugas bahawa beliau tidak boleh membuat apa-apa permohonan atau memperbaharui pasport dan mendakwa beliau tidak diberi penjelasan mengenai perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
Antara lain, Mohamed Apandi juga memohon perintah deklarasi bahawa kesemua responden tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya ke luar negara. - Gambar fail
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE-Israel
Haniyeh pula menegaskan mengenai sokongannya kepada kepemimpinan Palestin.
Sidang Kemuncak KL cari penyelesaian isu dihadapi dunia Islam
Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya bersedia untuk mengetengahkan seruan penyatuan untuk dunia Islam berjuang mendapatkan semula kegemilangan yang pernah dikecapi dahulu.
Sekatan perjalanan ditarik balik, Mohamed Apandi bebas ke luar negara
Mohamed Apandi juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.
MCA lancar 'Deklarasi Balakong' untuk reformasi hala tuju parti
Deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil DUN Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
Pendaftaran parti: Pakatan Harapan tarik balik permohonan terhadap RoS
Peguam Michelle Ng yang mewakili Pakatan Harapan memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik permohonan itu berikutan RoS telah mendaftarkan parti berkenaan pada 16 Mei lalu.
Mekanisme deklarasi harta diputuskan kabinet sebelum persidangan Parlimen
Aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbiran adalah antara perkara yang akan dibincangkan dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidangan Parlimen bermula.
Mahathir akui gagal yakinkan Agong berhubung deklarasi
Semasa menghadap selama 70-minit di Istana Anak Bukit, Alor Setar, bulan lepas, beliau turut menunjukkan kepada Seri Paduka gambar deklarasi berserta tandatangan.
Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh gerakan Mahathir
Anggota MT UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Program Jelajah Pendidikan Bumiputera deklarasi kerajaan ubah destini anak bangsa
Program itu membantu golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang berada di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang tercicir dalam bidang pendidikan.