Semakan semula peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus wanita sebagai ahli majlis, wajar dilakukan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail percaya, kaum hawa berkebolehan dan berperanan penting dalam pembuatan dasar, yang melibatkan kepentingan rakyat merentasi demografi, terutamanya gender.
“Wanita berkebolehan, tapi kita kena tengok kelayakan juga, sebab ia penting,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di tapak Floria Diraja 2018, Putrajaya.
Cadangan semakan semula peruntukan PBT itu diumumkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, semalam.
Walau bagaimanapun menuutnya, perkara itu masih dalam penelitian, sebelum dijangka dilaksanakan dua tahun lagi.
Setakat ini, purata penglibatan wanita sebagai ahli majlis PBT di seluruh negara, hanya 14 peratus.
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyifatkan tiada keperluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan peraturan agar parti bertanding meletakkan 30 peratus calon wanita.
"Parti yang bertanding perlu diberi kelonggaran untuk memilih dan meletakkan calon pilihan masing-masing," ujarnya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, 251 wanita dicalonkan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada jumlah keseluruhan 2,333 calon.
Andy Reza
Sat Aug 25 2018
Wan Azizah (empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan di tapak Floria Diraja 2018, Putrajaya pada Sabtu. - Astro AWANI/Andy Reza
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Malaysia masih ketinggalan khususnya dalam jurang gaji gender - Nancy
Malaysia masih ketinggalan di belakang negara lain di Asia Tenggara, terutamanya mengenai isu kritikal seperti jurang gaji jantina.
Tambah ahli Dewan Negara tak perlu ikut 'gender'
Negara tidak boleh mengambil kira isu berhubung kesamarataan sebagai satu garis petunjuk prestasi pembangunan negara.
RUU buktikan gangguan seksual adalah keganasan berasaskan gender - Rina
Rina berkata rang undang-undang itu diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai gangguan seksual agar perkara tersebut tidak dinormalisasi.
Kajian Women's Aid Organisation: 46.3 peratus sokong kesamarataan gender
53.3 peratus percaya yang keganasan domestik adalah reaksi normal kepada tekanan dan kekecewaan.
Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.
Jadikan 'stalking' jenayah di Malaysia - WAO
Sudah tiba masanya kita berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dunia yang telah memperluas takrifan intip dan hendap sebagai suatu jenayah.
Malaysia Airlines mula guna khidmat juruterbang wanita
Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa menganggarkan bahawa pada 2017, daripada sejumlah 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau kira-kira 3 peratus daripada mereka adalah wanita.
Semak segera peruntukan PBT jika tak ambil 30 peratus wanita - TPM
Semakan semula peruntukan PBT yang gagal lantik 30 peratus wanita sebagai ahli majlis wajar dilakukan segera, namun perlu utamakan faktor kelayakan.
Lelaki daftar diri di universiti wanita untuk mencari pasangan
Pemilihan universiti perlu tepat dengan mengambil kira pelbagai faktor, tetapi seorang lelaki daripada China mempunyai motif yang amat ganjil.
Mengimbangkan peranan gender dalam membuat keputusan adalah penting
Terdapat lebih 10 peratus jurang gender dalam membuat keputusan antara lelaki dan wanita di setiap negara anggota OECD.