Terdapat lebih 10 peratus jurang gender dalam membuat keputusan antara lelaki dan wanita di setiap negara anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), kata Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat), Datuk Maimunah Mohd Sharif.
Beliau berkata wanita di seluruh dunia sering dikecualikan daripada aktiviti ekonomi walaupun mereka meliputi lebih separuh daripada tenaga kerja dan menambah wanita juga memikul tanggungjawab bagi kerja-kerja yang tidak dibayar.
"Walaupun wanita memberi sumbangan besar kepada keluarga dan komoditi, wanita mempunyai kurang pemerkasaan ekonomi, kurang pendapatan dan kurang mandiri.
"Ketidakseimbangan peranan gender di negara anggota OECD telah menyebabkan ketidakseimbangan dalam membuat dasar," kata beliau semasa Perhimpunan Wanita Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF 9) di sini pada Rabu.
Beliau berkata di peringkat global, terdapat kurang daripada 25 peratus ahli parlimen wanita yang menyebabkan kaum Hawa mempunyai suara lemah dalam membuat keputusan.
"Sebuah bandar tidak boleh bersifat inklusif atau sememangnya mampan tanpa penyertaan wanita. Justeru, dalam UN Habitat, kami menekankan tentang perlunya bandar dirancang dengan cara yang responsif gender dengan menganjurkan program-program besar seperti mewujudkan bandar lebih selamat, menyediakan ruang awam dan menaiktaraf kawasan sesak," kata beliau.
Perhimpunan Wanita adalah platform untuk membincangkan tentang cara melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDC) dengan menangani subjek ke arah kesamaan gender dan memperkasakan wanita.
Sementara itu, presiden Suruhanjaya Huairou, Jan Peterson berkata wanita sentiasa menjadi mata dan telinga komuniti tetapi untuk mewujudkan kejiranan yang baik, semua orang, dari atas hingga bawah perlu dikaitkan.
"Kami (wanita) perlu memantau apakah masalah yang berlaku di sekeliling kami yang merupakan komponen penting.
"Walaupun kita boleh berkumpul di peringkat global, kita perlu memastikan kejiranan kita baik dan melaksanakan semua inisiatif. Ini akan menjadikan kita lebih teguh," kata beliau.
WUF 9 bemula Rabu akan berlangsung sehingga 13 Feb. WUF 9 yang diadakan buat kali kedua di Asia akan mengadakan lebih 500 acara termasuk perhimpunan, ceramah meja bulat peringkat tinggi, dialog dan sesi khas.
Bertemakan 'Bandar 2030, Bandar Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu (NUA)', forum yang dihoskan oleh Kuala Lumpur akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan NUA. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 07 2018
Maimunah (dua, kiri) bergambar kenangan bersama wakil-wakil daripada UN-Habitat pada Majlis Pembukaan WUF 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.