Helikopter yang membawa seorang timbalan menteri yang hilang pada petang Khamis sepatutnya dinaiki oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Ketika Shabery hendak menaiki helikopter itu untuk pulang ke Kuching selepas menghadiri satu majlis di pekan Spaoh, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu yang mengiringi Shabery menawarkan helikopter rasminya kepada beliau dan rombongannya.
Pengawal peribadi polis kepada Shabery, Fadhrul Azmar Remli memberitahu Bernama hari ini, "Shabery sudah hendak menaiki helikopter tersebut tetapi dalam minit-minit terakhir Jabu suruh tukar helikopter."
Fadhrul berkata Jabu memberitahu Shabery supaya menaiki helikopter rasminya kerana beliau (Jabu) tidak jadi terbang ke Sibu untuk satu acara lain.
Fadhrul yang turut bersama rombongan Shabery, sebelum itu menaiki helikopter yang hilang itu dari Tanjung Bijat ke Spaoh manakala Shabery menaiki helikopter jenis lain.
Helikopter jenis RP-C 6828 itu dalam perjalanan dari Betong ke Kuching apabila ia hilang daripada pengesanan radar, menurut Jabatan Penerbangan Awam.
Pesawat itu berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.
LAPOR LANGSUNG: Serpihan helikopter ditemui berdekatan sungai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan helikopter itu membawa enam orang, antaranya Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf RexRagas.
Menceritakan semula atur cara Shabery semalam, Fadhrul berkata Shabery ke Tanjung Bijat, di Bahagian Sri Aman, bagi menghadiri majlis yang turut dihadiri Jabu dengan menggunakan kereta dari Kuching.
Selepas acara itu, Shabery hendak ke pekan Spaoh pula untuk menghadiri satu lagi acara bersama petani tempatan dan Jabu mempelawa menaiki helikopternya.
Fadhrul berkata beliau yang tidak dapat menyertai Shabery dan Jabu, telah terbang berasingan dengan menaiki helikopter RP-C 6828 yang disewa untuk Shabery ke Spaoh.
Selepas berakhir acara di Spaoh itu, Shabery telah bersedia untuk menaiki helikopter yang disewakan untuknya pulang ke Kuching tetapi ditahan oleh Jabu supaya menaiki helikopternya.
Fadhrul berkata helikopter Shabery yang tidak digunakan itu mendapat arahan supaya ke bandar Betong untuk mengambil Noriah dan rombongannya yang turut hendak pulang ke Kuching.
Katanya helikopter yang hilang itu boleh terbang lebih laju daripada helikopter yang dinaiki Noriah ke Betong sebelum itu.
Menurut Fardhrul, foto yang tersebar menunjukkan Noriah dan rombongannya bergambar di sisi sebuah helikopter lain itu diambil di Hornbill Skyways di lapangan terbang Kuching sebelum mereka berlepas ke Betong untuk satu acara berasingan.
Bernama
Fri May 06 2016
Pengawal peribadi polis kepada Shabery, Fadhrul Azmar Remli memberitahu Bernama hari ini, "Shabery sudah hendak menaiki helikopter tersebut tetapi dalam minit-minit terakhir Jabu suruh tukar helikopter." - Gambar fail
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Shabery Cheek sepatutnya hendak naik helikopter yang hilang, bertukar saat akhir
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu yang mengiringi Shabery menawarkan helikopter rasminya kepada beliau dan rombongannya.
Penggiat industri makanan Sarawak perlu tingkatkan pengeluaran - Adenan Satem
Adenan berkata industri makanan juga perlu mempunyai sentuhan pertanian komersial kerana berpotensi besar untuk membantu dan mengimbangi keperluan harian selain penting untuk kemajuan ekonomi.
Spekulasi persaraan memuncak selepas Taib tidak hadir majlis hari ini
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata adalah perkara biasa bagi seorang ketua menteri untuk meminta anggota Kabinet mewakili dirinya