Kerajaan akan mengeluarkan lesen pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) kepada sebuah syarikat asing bagi tujuan pasaran eksport dalam masa dua bulan lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kelulusan itu adalah yang pertama dari tiga lesen yang akan diberikan kerajaan dalam tahun ini.