awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak perlu kajian semula industri EEV' - Tok Pa

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
10/11/2016
12:36 MYT
'Tidak perlu kajian semula industri EEV' - Tok Pa
Mustapa melancarkan kereta elektrik keluaran BAIC model EV 200 ketika melawat ruang pameran 'Malaysia Autoshow 2016' selepas majlis perasmian pameran tersebut di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula dasar berkaitan industri Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selepas melihat perkembangannya sejak dua tahun ia diperkenalkan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini, ia menjadi salah satu tarikan untuk syarikat kenderaan luar melabur di negara ini.
Jelasnya, syarikat berkenaan juga tertarik dengan insentif yang diperkenalkan di bawah Dasar Automotif Negara (NAP).
"Paling penting sejak ia dilancarkan, perkembangan teknologi semakin pesat dan EEV ini semakin mendapat sambutan.
"Memang ada perlembangan sejak dua tahun lalu dan tidak perlu dikaji semula kerana baru dua tahun. NAP tarik syarikat untuk melabur di Malaysia dan ada syarikat yang memasang kenderaan mereka di negara ini kerana insentif yang diberi," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2016 di sini hari ini.
Bertemakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), karnival anjuran Malaysia Automotive Institut (MAI) itu bermula dari 10 hingga 13 November di berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC).
Ia dijangka menarik hampir 100,000 pengunjung dengan tarikan sesi pandu uji, pertunjukkan drift oleh Leona Chin, pameran kereta klasik, gerai jualan makanan, aksesori dan ruangan permainan untuk kanak-kanak.
Selain itu, pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 turut disertai oleh 150 peserta yang meliputi pelbagai jenama kenderaan, perkhidmatan selepas jualan, aksesori dan banyak lagi.
Sebelum ini, Mustapa memberitahu sebanyak 200,260 unit EEV dijual pada tahun lalu iaitu 34 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan penumpang yang berjumlah 591,298 unit.
Jelasnya, ia adalah peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Dasar Automotif Negara
#EEV
#Kenderaan Cekap Tenaga
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Mustapa Mohamed
#NAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan