awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminar Rashid ucap selamat tinggal kepada Perodua

Najib Aroff
Najib Aroff
13/12/2018
05:49 MYT
Aminar Rashid ucap selamat tinggal kepada Perodua
Di bawah kepimpinan Aminar, Perodua berjaya meningkatkan penguasaan pasaran dari 31.2 peratus pada 2010 kepada 37 peratus pada 2018 selain melaksanakan inisiatif transformasi Kumpulan Perodua. - Foto Perodua
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh bersara dari jawatan tersebut pada 31 Disember 2018, selepas 9 tahun mengemudi syarikat, kata Perodua dalam satu kenyataan.
Beliau akan digantikan dengan Datuk Zainal Abidin Ahmad yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.
Di bawah kepimpinan Aminar, Perodua berjaya meningkatkan penguasaan pasaran dari 31.2 peratus pada 2010 kepada 37 peratus pada 2018 selain melaksanakan inisiatif transformasi Kumpulan Perodua.
“Prestasi lepas jualan menyaksikan peningkatan yang cukup ketara, begitu juga dengan kecekapan kos, kualiti dan penghantaran.
“Perodua juga melaburkan RM1.3 bilion untuk membina Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, kilang Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di negara ini yang diperakui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Zainal Abidin dijangka meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi kecekapan dan daya saing dengan tujuan mengembangkan lagi perniagaan eksport Perodua.
Zainal disfiatkan berkarisma dan mampu bekerjsama dengan baik bersama pemegang saham termasuk Daihatsu Motor Company of Japan
Zainal disfiatkan berkarisma dan mampu bekerjsama dengan baik bersama pemegang saham termasuk Daihatsu Motor Company of Japan
Zainal Abidin, 52, memegang ijazah dalam Pengurusan Sistem Maklumat dan Perakaunan daripada Pacific Lutheran University, Washington, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjayanya di Perodua pada tahun 1995 di jabatan kawalan kos, dan terlibat secara langsung dalam mewujudkan struktur kos pengeluaran Perodua.
Topic Berkaitan
#automotif
#CEO
#Datuk Aminar Rashid Salleh
#Datuk Zainal Abidin Ahmad
#EEV
#MAI
#MITI
#Pacific Lutheran University
#Perodua
#Presiden Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan