KUALA LUMPUR: Kekuatan sesebuah parti terletak kepada sokongan akar umbi dan bukan bergantung kepada penghijrahan wakil rakyatnya.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali menjelaskan, parti Amanah dan PKR sendiri mempunyai masa depan cerah di dalam politik negara kerana sifat mereka yang dinamik, pragmatik dan menjiwai keperluan, pemikiran serta hasrat rakyat.
"Saya percaya bahawa konsep orientasi kepimpinan yang dibawa oleh dua parti ini memungkinkan mereka akan mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia terutama orang-orang muda yang akan menyertai politik dan pesta demokrasi sekurang-kurangnya pada bulan Julai tahun ini. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas sehingga 20 tahun akan menyertai politik sebagai pengundi.
"Saya percaya kedua-dua parti ini, mereka akan terus mempunyai persamaan di dalam konteks perjuangan mereka menghala PRU ke-15," katanya semasa sidang video pada Ahad.
BACA: Adun Amanah di Johor sertai PKR
BACA: Politik Sabah : Dakwaan Adun Warisan keluar ramai-ramai satu fitnah
Beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang daripada Amanah, Khairuddin A. Rahim yang disahkan menyertai PKR.
Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.
Dalam pada itu kata Dr Mazlan, penghijrahan wakil rakyat itu bersifat peribadi dan tidak akan menjejaskan hubungan di antara Amanah dan PKR.
Malah jelasnya, mereka mungkin akan melihat strategi yang lebih sesuai, lebih baik selain kepimpinan akan memenuhi keperluan serta hasrat akar umbi parti masing-masing untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Astro Awani
Sun Feb 28 2021
Kata Dr Mazlan, penghijrahan wakil rakyat itu bersifat peribadi dan tidak akan menjejaskan hubungan di antara Amanah dan PKR. - Astro AWANI
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Fahmi nafi berbilion ringgit wang royalti masuk ke akaun PKR
Beliau berkata akaun parti berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan diterbitkan setiap kali berlangsungnya kongres PKR.
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
'Kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan, yang perlu dipikul sebaiknya untuk rakyat.
Anwar jumpa ketua cabang selepas hari raya selesai kemelut PKR Sabah
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi konsultasi dengan semua ketua cabang di Sabah selepas hari raya nanti untuk mencari formula terbaik mengatasi pergolakan yang berlaku.
Konvensyen Khas 25 Tahun PKR pada 28 April ini - Fahmi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.
Permohonan masuk PKR ditangguh, pastikan tiada 'trojan horse' - Fahmi
Fahmi berkata beliau mengambil cakna tentang ada pihak yang memohon untuk menyertai PKR namun setelah diteliti, permohonan terpaksa ditangguh.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).