Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengambil khidmat perunding luar dalam membantu kementerian melaksanakan pakej rangsangan ekonomi.
Beliau berkata, Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) yang ditubuhkan pada Mac tahun ini dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan tidak mendapatkan khidmat perunding luar.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada perunding yang dibayar oleh Kementerian Kewangan dan tidak ada perunding (luar). Apa yang kita ada adalah kakitangan yang dipinjamkan daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan pegawai daripada agensi lain seperti Exim Bank.
"Dan saya juga ingin memaklumkan bahawa pasukan Pakej Prihatin kesemuanya adalah penjawat awam daripada Kementerian Kewangan. Jadi, saya tak tahu dari mana datangnya maklumat ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Hasil Care Line and Hasil Recovery Call Centre Lembaga Hasil Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru dilantik Datuk Asri Hamidin@Hamidon.
Tengku Zafrul berkata demikian selepas diminta menjelaskan laporan berita yang mendakwa beberapa firma perundingan terbesar di negara itu diminta untuk membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi kerajaan.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Soalan Lazim berkaitan dengan moratorium pinjaman bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung perkara itu.
'Apa yang jelas sekarang adalah faedah masih terakru tetapi tidak dikompaunkan.
"Lebih sebulan lepas apabila moratorium pinjaman kali pertama diumumkan Bank Negara, terdapat sedikit kekeliruan, saya rasa kerana komunikasi tidak jelas tetapi syukurlah pagi ini Bank Negara telah mengeluarkan Soalan Lazim mereka bagi menjelaskan kekeliruan ini. Saya harap kita tidak lagi membuat spekulasi berkenaan perkara ini," katanya.
Tengku Zafrul berkata semua bank perlu mematuhi Akta Sewa Beli 1967 dan garis panduan Syariah yang memerlukan mereka mendapat persetujuan daripada pelanggan bagi moratorium pinjaman.
"Itu adalah perbezaan prosedur, yang mana kini semua bank perlu meminta kebenaran. Semua pelanggan masih layak secara automatik, tetapi persetujuan perlu diberikan oleh pelanggan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 01 2020
Kata Tengku Zafrul, LAKSANA yang ditubuhkan pada Mac tahun ini dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan tidak mendapatkan khidmat perunding luar.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.