Tiada perancangan oleh Kerajaan Negeri Perak atau mana-mana pemaju merobohkan Lapangan Terbang Tekah di Taiping untuk pembangunan perumahan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim berkata, walaupun ada cadangan namun ia telah ditarik balik kemudiannya.
"Kes selesai. Semua tanah Lapangan Terbang Tekah akan kekal.
"Tanah lapangan terbang itu milik kerajaan negeri. Ia ada sejarahnya. Tapi tidak digazet sebagai tapak warisan lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
TONTON: NGO bantah jualan kawasan Aerodrome Taiping
Pada Jumaat, Pengerusi Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping, Abu Bakar Mohd Ali dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Taiping meminta kerajaan negeri supaya tidak menjual tanah Lapangan Terbang Tekah.
Kata Abu Bakar, pihaknya mendapat maklumat daripada Pejabat Daerah Larut, Matang dan Selama bahawa sebahagian daripada tanah seluas 16.18 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBInc) itu telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju perumahan swasta.
Tanah Lapangan Terbang Tekah seluas 63.921 hektar di Mukim Assam Kumbang, Taiping juga dikenali sebagai Taiping Aerodrome.
Ia dibina pada tahun 1929 dan kerja-kerja memanjangkan landasan dilakukan pada tahun 1930.
Taiping Aerodrome merupakan lapangan pertama di Semenanjung Tanah Melayu.
Juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart pernah mendarat di lapangan terbang itu pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik.
Selain itu, ia pernah menjadi lokasi pendaratan pemimpin berpengaruh Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hata pada 12 Ogos 1945 untuk bertemu tokoh nasionalis negara, Dr. Burhanuddin Helmi dan Ibrahim Yaacob bagi membincangkan penyatuan Malaya serta Indonesia sekiranya mencapai kemerdekaan.
Kawasan Aerodrome Taiping itu juga adalah zon pengangkutan berdasarkan pengezonan Rancangan Tempatan Larut Matang 2035 (RTLM).
Tapak Aerodrome Taiping juga disenaraikan oleh MPT sebagai antara 33 Perkara Pertama Taiping.
Sementara itu, Astro AWANI difahamkan, pihak kerajaan Negeri Perak telah meluluskan pemilikan tanah kerajaan iaitu sebahagian daripada Aerodrome Taiping seluas 15.916 hektar untuk skim perumahan pada Januari 2019.
Selain itu, MPT juga telah menerima permohonan menukar zon guna tanah pengangkutan kepada zon guna tanah perumahan untuk sebahagian tanah Aerodrome Taiping berkenaan.
Namun, MPT telah menolak permohonan berkenaan melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tujuan Am MPT yang bersidang pada Februari lepas.
Wan Syamsul Amly
Sat Jun 15 2019
BORHAN: Lapangan Terbang Tekah akan kekal tapi ia tidak digazet sebagai tapak warisan lagi. - Gambar mptaiping.gov.my
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai
MISTERI kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.
Benarkah juruterbang Amelia Earhart tidak 'singgah' di Taiping?
Amelia Earhart merupakan wanita pertama yang melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia merentasi Lautan Atlantik pada 1937.
Mural Amelia Earhart di Taiping: Akan buat pembetulan jika wujud percanggahan fakta - Exco
Wujud perdebatan kerana didakwa tidak relevan selain tiada bukti sahih dia pernah mendarat di lapangan terbang itu.
Tiada rancangan robohkan Lapangan Terbang Tekah - YDP MPT
Tiada perancangan oleh Kerajaan Negeri Perak atau mana-mana pemaju merobohkan Lapangan Terbang Tekah di Taiping untuk pembangunan perumahan.