Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakandanya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di negeri ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu adalah kerana baginda yakin bahawa anakandanya mampu menjana pembangunan belia dan memimpin golongan berkenaan ke arah mercu kejayaan.
Keyakinan itu bersandarkan kepada ketabahan dan pengalaman luas Tunku Ismail dalam hal ehwal pentadbiran termasuk mengurus tadbir pasukan Johor Darul Ta'zim sehingga berjaya mengharumkan Johor di persada antarabangsa.
"Tuanku yakin dan percaya dengan kepimpinan Tunku Mahkota (Tunku Ismail) dan dengan kerjasama kerajaan negeri terhadap penyediaan infrastruktur dan lain-lain kemudahan serta sokongan padu kaum, belia Bangsa Johor akan berjaya memperkasakan jati diri bagi mencapai sasaran yang lebih cemerlang pada masa depan," kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Menurutnya, Sultan Johor amat prihatin terhadap pembangunan belia di negeri ini kerana merasakan golongan terbabit merupakan kesinambungan pembangunan dan kemajuan negeri yang lebih holistik, selaras dengan aspirasi dan kehendak bangsa Johor.
Sementara itu, dalam kenyataan balas berhubung pelantikan itu, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) ,Md Salleheen Mohamad percaya bahawa dengan pimpinan Tunku Ismail golongan belia negeri ini lebih terbela dan diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, terutama dalam memperkasakan agenda pembangunan belia dan gerakan kesukarelawan. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik untuk mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di Johor bersandarkan kepada ketabahan dan pengalaman luas baginda. - Gambar Instagram HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
TMJ dilantik ketuai aktiviti belia di Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakandanya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di negeri ini.