Tourism Malaysia akan melakukan kempen intensif menarik kehadiran pelancong sekurang-kurangnya di empat buah negara, sepanjang bulan pertama Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).
Ketua Pengarahnya Datuk Musa Yusof berkata program berupa pertemuan bersama pemain industri pelancongan, pameran serta forum itu bermula dengan India, sebagai destinasi pertama pada 8 Jan nanti.
"Selain China, India juga merupakan antara negara yang mempunyai potensi besar menyumbang kepada kehadiran pelancong ke Malaysia.
"Sebab itu, program promosi kita di peringkat global selepas TMM2020 dilancarkan, dimulakan dengan kempen bertemu pemain industri pelancongan di India," katanya ketika ditemui pemberita selepas program menyambut ketibaan pelancong pada hari pertama TMM2020 hari ini.
Program itu menyaksikan 294 pelancong yang tiba menerusi penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), diraikan dengan kalungan istimewa bermotifkan VM2020, disempurnakan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Sempena VM2020, Tourism Malaysia mensasarkan kedatangan pelancong dari India meningkat sebanyak tujuh peratus, daripada jumlah 539,167 orang yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga September tahun lepas.
Sasaran itu juga dibuat seiring dengan langkah pengecualian visa selama setahun, untuk pelancong dari India dan China yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, yang menyaksikan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari, tanpa sebarang lanjutan.
Musa berkata program di India itu akan disusuli dengan Forum Pelancongan Asean di Brunei, diikuti program pameran di Sepanyol dan Finland sebelum hujung bulan ini.
Beliau berkata selain program di peringkat antarabangsa, Tourism Malaysia juga telah menyusun puluhan program di peringkat domestik, sebagai tambahan kepada kempen menarik pelancong sepanjang TMM2020.
Dengan tema 'Visit Truly Asia Malaysia 2020', TMM2020 merupakan kempen kelima Tahun Melawat Malaysia, sejak kempen pertama yang diadakan pada 1990, di mana kerajaan menerusi Belanjawan 2020 mengumumkan peruntukan RM90 juta, khas untuk meningkatkan kesedaran, promosi dan program sempena kempen berkenaan.
Sementara itu, juruterbang yang mengemudi pesawat Etihad Airways Kapten Noor Azam Mohd Surol, 51, berkata peluang menerbangkan kumpulan pertama pelancong antarabangsa ke Malaysia sempena TMM2020, merupakan sumbangan kecil beliau dalam membantu industri pelancongan negara.
Katanya perkara itu berlaku secara tidak sengaja dan sebagai anak Malaysia, beliau bangga apabila penumpang pesawat yang dikendalikannya dipilih, untuk diraikan sendiri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya sebagai simbolik permulaan kempen TMM2020.
"Saya tidak sangka sambutan sebegini besar dibuat, dan sebagai anak Malaysia saya amat bangga dan bertekad untuk membantu mempromosikan negara di mana sahaja persinggahan kami, selepas ini," kata bapa kepada seorang anak berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan, yang telah berkhidmat selama 14 tahun dengan syarikat penerbangan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 01 2020
MUSA: Selain China, India juga merupakan antara negara yang mempunyai potensi besar menyumbang kepada kehadiran pelancong ke Malaysia. - Gambar fail
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.