Penstrukturan semula Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) termasuk pertukaran ketua pengarahnya tiada kaitan dengan siasatan audit dalaman melibatkan ketirisan dana bernilai RM25 juta, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Beliau berkata pertukaran tersebut adalah bagi membawa masuk pasukan (lembaga) baharu yang akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang bagi menstruktur semula Finas agar lebih maju pada masa depan.
"Industri filem telah berkembang dengan pesat khususnya dunia digital yang membawa filem ke tahap yang sangat berbeza. Seluruh industri ini sedang mengalami perubahan. Sebab bagi membawa masuk anggota lembaga baharu itu adalah untuk memberi idea agar Finas kekal relevan dan dapat memacu industri filem.
"Pemberhentian Ketua Pengarah dan TKP tiada kaitan dengan mana-mana siasatan. Ia proses penstrukturan dalaman. Saya tidak nyatakan mereka terlibat sama sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-Commerce di sini, hari ini.
Gobind Singh sebelum ini dilapor berkata Finas memerlukan penstrukturan semula secara besar-besaran bagi memastikan kelancaran tadbir urus di agensi itu dan perubahan dalaman itu penting terutama melibatkan proses penyaluran dana kerajaan.
Ketua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob dan timbalannya Datuk Azmir Saifudin Mutalib dilaporkan telah dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.
September lepas, media melaporkan lapan buah filem dengan geran RM1.2 juta hingga RM5 juta bagi setiap filem, gagal disiapkan dalam tempoh beberapa tahun sehingga 2016.
Gobind Singh menegaskan, lembaga baharu Finas itu juga antara lain akan berperanan menyemak kembali urusan yang telah dilakukan agensi tersebut untuk dimasukkan di dalam audit.
"Jika ada yang memerlukan perhatian polis atau SPRM, laporan akan dibuat," katanya.
Berhubung ketirisan dana RM25 juta yang kini disiasat SPRM, Gobind Singh berkata pihaknya dalam proses untuk mengemukakan audit dalaman yang akan diperjelaskan lebih terperinci sebaik sahaja segala proses berkaitan selesai.
"Ia melibatkan banyak akaun dan mengambil masa. Kita telah mulakan audit dalaman kerana ia membabitkan isu kewangan dan sistem kewangan yang perlu dilihat semula," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
GOBIND: Jika ada yang memerlukan perhatian polis atau SPRM, laporan akan dibuat. - Bernama
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini
Wanita itu telah meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.
Tukar KP Finas tiada kaitan audit dalaman - Gobind Singh
Pertukaran tersebut adalah bagi membawa masuk pasukan (lembaga) baharu yang akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.
PH boleh buat proses pentadbiran audit dalaman lebih efektif - Ambrin
Kerajaan Pakatan Harapan boleh menjadi pentadbir yang lebih efektif dalam melaksanakan proses audit dalaman selagi ia tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu.
Kem Kongkoi: PAC syor tubuh Jawatankuasa Siasatan Khas siasat ketidakpatuhan UPNM
Pengerusinya Datuk Seri Hasan Arifin menegaskan, PAC merumuskan bahawa jawatankuasa itu memandang serius terhadap ketidakpatuhan yang berlaku.
PKBM akan dipanggil beri keterangan pada 20 Mei - Ahmad Sarji
Penjelasan itu melibatkan perkara yang penting sebelum panel penasihat membuat syor untuk pertimbangan Menteri Belia dan Sukan.