Kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh menjadi pentadbir yang lebih efektif dalam melaksanakan proses audit dalaman selagi ia tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu.
Bekas Ketua Audit Negara (AG), Tan Sri Ambrin Buang, berkata tindakan susulan dan cadangan-cadangan dalam laporan AG mesti diambil serius atau amaran yang dikeluarkan oleh AG akan dibuang begitu sahaja seperti yang berlaku sebelum ini.
"Kita tidak mahu melihat kesilapan yang sama berulang lagi. Bagaimanapun, memandangkan kerajaan PH baru sahaja melangkaui 100 hari, kita tidak boleh menghukum mereka terlalu cepat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dalam Persidangan Audit Dalaman Sektor Awam 2018 di sini pada Khamis.
"Kita akan pegang pada kenyataan mereka (kerajaan PH). Kita akan lihat bagaimana ianya akan dilakukan," katanya.
Ambrin ketika bercakap mengenai jawatankuasa itu, berkata ia masih lagi tertumpu kepada Kementerian Pertahanan sebelum bergerak kepada kementerian-kementerian lain kerana terdapat banyak isu yang perlu diteliti.
"Ia akan mengambil masa. Mandat yang diberikan tidak menentukan bila kita perlu melengkapkan tugasan kita, jadi ia bersifat berterusan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ambrin menggesa juruaudit sektor awam untuk meluaskan pengetahuan mereka dan membaca laporan audit yang dibentangkan oleh rakan-rakan mereka di kementerian lain termasuk 1Malaysia Development Bhd.
"Maklumat dalam portal Jabatan Audit Negara boleh dicapai dan diperolehi oleh semua orang, termasuk media.
"Cuba menaruh minat dalam laporan-laporan audit seperti ini kerana anda boleh belajar daripada pengalaman yang didedahkan dalam laporan-laporan tersebut," katanya.
Ambrin berkhidmat sebagai AG selama 11 tahun sebelum bersara pada 22 Feb tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Thu Sep 13 2018
AMBRIN: Tindakan susulan dan cadangan-cadangan dalam laporan AG mesti diambil serius atau amaran yang dikeluarkan oleh AG akan dibuang begitu sahaja seperti yang berlaku sebelum ini. - BERNAMA/Fail
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi
Najib dikatakan berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1MDB.
Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.
Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi
Ia masih menjadi prerogatif Ambrin ketika itu untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak cadangan yang dibuat oleh pihak yang diaudit.
Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penjawat awam khususnya di Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Tan Sri Dzulkifli menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB berlaku ketika dia memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC
Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.
PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Saadatul Nafisah minggu ini.