Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya mahu menghentikan spekulasi bahawa beliau menyediakan laluan itu untuk anaknya Datuk Seri Mukhriz, kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Tengku Sariffuddin berkata sekiranya Dr Mahathir mahu cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kredibiliti, beliau patut sekurang-kurangnya memberikan jawapan terus terang tentang siapa calon pilihannya.
"Kenapa beliau (Dr Mahathir) sentiasa mengelak untuk menjawab soalan mudah ini tetapi soalan penting?
Kenapa beliau sentiasa bersikap mengelak tentang perancangannya untuk masa depan politik Datuk Seri Mukhriz?
"Jika beliau masih enggan (menamakan calon pilihan), beliau patut hentikan sikap mengalih perhatian ini demi Malaysia dan bersara dengan aman dan terhormat sepertimana dijangka oleh rakyat daripada seorang negarawan," kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mukhriz dilaporkan sebagai berkata beliau akan menyaman Tengku Sariffuddin sekiranya beliau tidak menarik balik kenyataannya tentang Dr Mahathir menjanjikan jawatan perdana menteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan syarat Muhyiddin membimbing Mukhriz untuk menggantikannya.
Tengku Sariffuddin berkata, rakyat, bukan satu orang, mengikut perlembagaan yang berhak secara demokrasi untuk memilih kerajaan dan perdana menteri mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Berhubung kenyataan Mukhriz kepada sebuah akhbar asing semalam bahawa beliau tidak bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, Tengku Sariffuddin membangkitkan persoalan dengan itu kenapa bekas Menteri Besar Kedah itu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013.
Beliau berkata semua orang dalam politik Malaysia tahu hanya seseorang yang mahu menjadi presiden UMNO, yang secara langsung juga adalah Perdana Menteri, akan bertanding jawatan naib presiden kerana ia merupakan langkah penting untuk menaiki tangga ke jawatan tertinggi itu.
"Mungkin oleh kerana beliau kalah dalam pertandingan itu menyebabkan Datuk Seri Mukhriz memberikan kenyataan bercanggah dengan menyatakan beliau tidak mahu menaiki tangga itu.
"Atau mungkin kerana beliau diberitahu untuk kata begitu oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau atau bapanya mahu beliau menaiki tangga itu, sebab itu beliau bertanding jawatan naib presiden," kata Tengku Sariffuddin.
Bernama
Sat Apr 23 2016
SARIFFUDDIN: Kenapa beliau (Dr Mahathir) sentiasa mengelak untuk menjawab soalan mudah ini tetapi soalan penting?
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan
Pendirian kerjasama dengan GTA punca Tun M letak jawatan