Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.
Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu berkata setakat ini beliau belum dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung isu itu.
"Mereka (pasukan petugas khas) boleh menghubungi saya bila-bila masa...saya sentiasa bersedia untuk pergi ke mahkamah atau mana-mana," katanya kepada pemberita selepas Program Bual Bicara Tun M di sini malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Febuari lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjalankan siasatan awal berhubung isu itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berhubung perkara itu berkata tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin dan anggota PPBM keluar parti sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata mereka bebas untuk keluar parti sekiranya merasakan parti itu tidak lagi mempunyai hala tuju dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.
"Dia nak keluar dia keluar lah...tiada paksaan tapi yang anehnya orang inilah yang pertama marah kepada Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) kononnya...tapi la ni puji, marah kat kita (pula) pasal (kata) kita menjatuhkan ekonomi...," katanya.
Minggu lepas, Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mengumumkan keluar parti bersama 821 anggota PPBM di seluruh negara.
Kamarul Azman, yang merupakan antara tujuh pengasas PPBM, dilapor berkata mereka membuat keputusan itu kerana PPBM tiada hala tuju untuk membela rakyat dan memartabatkan negara serta tiada agenda lain kecuali menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an. -Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.