KERJAYA sebagai seorang guru sememangnya penuh dengan liku dan cabaran.

Ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia berguna.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai sambutan Hari Guru Kebangsaan di Malaysia setiap tahun bagi menghargai jasa baik guru yang bertungkus-lumus memperjuang masa depan anak bangsa.

Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” telah dipilih sebagai tema.

Baru-baru ini, Astro AWANI memuat naik gambar ucapan selamat Hari Guru Kebangsaan dan muat naik tersebut mendapat perhatian daripada netizen seluruh Malaysia.

Rata-rata netizen mengucapkan ucapan terima kasih kerana mendidik mereka sehingga menjadi seorang manusia.

Berikut merupakan antara perkongsian menarik yang kami terima.


Ucapan terima kasih netizen buat guru mereka



Ucapan terima kasih daripada netizen buat guru mereka

Malah, ada juga netizen yang memilih menjadi pendidik sebagai kerjaya mereka.

Ucapan netizen buat guru mereka.

Ucapan netizen buat guru mereka.

Selain netizen, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman turut menyampaikan ucapan khas buat gurunya.

Menariknya, guru itu membalas muat naik tersebut dengan ucapan yang menyentuh hati.

Ucapan Hari Guru oleh Suhaimi Sulaiman.