Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2018 yang diumumkan hari ini mendapat reaksi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Menerusi laman Twitternya, beliau mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga beliau dengan pencapaian yang dicapai oleh semua pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu-bapa dan guru atas sokongan dalam usaha berterusan mereka dalam melahirkan generasi holistik.

“Tahniah kepada semua pelajar Tahun 6 yang menerima Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan keputusan UPSR sebentar tadi. Tahniah juga kepada para guru dan semua ibu bapa atas usaha murni melahirkan generasi holistik. Anda adalah hero negara. Syabas!”

Dr Maszlee menyatakan apa juga keputusan yang diperolehi adalah keputusan yang terbaik dan ini merupakan permulaan untuk membina kehidupan yang lebih baik,

Oleh itu usaha murni harus terus dilakukan demi masa depan yang lebih cerah.