Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satu universiti di dunia yang diberi hak tunggal untuk mengkaji koleksi digital surat Francis Light.
Naib Canselor USM, Datuk Dr Asma Ismail berkata, koleksi bersejarah yang disimpan di School of Oriental and African Studies, Universiti London itu bakal merubah lanskap sejarah Pulau Pinang malah juga di dunia apabila tercetusnya sebuah projek dikenali sebagai 'The Beacon of Light @ USM'.
"Ini adalah koleksi digital 1,200 surat, merangkumi 11 jilid dari tahun 1771 hingga 1794, selama kira-kira 23 tahun, semuanya dalam tulisan Jawi," kata Dr Asma pada Majlis Anugerah Sanggar Sanjung USM 2017, di sini, hari ini
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Canselor berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Asma berkata kandungan surat-surat itu meliputi aktiviti surat menyurat dan nota yang dicatat oleh golongan pembesar Melayu, golongan kenamaan, isteri-isteri kenamaan dan juga rakan kongsi perniagaan pada ketika itu.
"Melalui koleksi ini, terdapat banyak kandungan serta isi surat tersebut untuk dikaji dengan lebih terperinci malah juga untuk diterokai oleh barisan pakar USM sendiri dalam bidang tersebut," katanya.
Beliau berkata melalui Pusat Pengajian Kajian Polisi dan Pengajian Antarabangsa, hak tunggal untuk mengkaji dokumen itu diperoleh setelah lapan tahun berunding dengan pihak University London.
Katanya, kandungan dokumen tersebut bukan sahaja disimpan dalam pelbagai bentuk oleh Perpustakaan USM untuk rujukan penyelidik dan pengkaji sejarah, malah juga akan menerima suntikan teknologi Kecerdasan Buatan atau 'Artificial Intelligence'.
"Ini juga membolehkan USM melakukan interpretasi yang lebih tepat dan mendalam selain potensi untuk kita memeriksa ketepatan sejarah dalam tempoh tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
Asma berkata, melalui Pusat Pengajian Kajian Polisi dan Pengajian Antarabangsa, hak tunggal untuk mengkaji dokumen itu diperoleh setelah lapan tahun berunding dengan pihak University London. - Gambar fail
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Asma dilantik Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara - PMO
Presiden Akademi Sains Malaysia kelima Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail dilantik sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.
Perpaduan rakyat telah membantu saya ke menara gading - Izzat
Orang ramai tanpa mengira latar belakang kaum dan agama menyumbangkan bantuan kepadanya agar dapat mengejar cita-citanya ke universiti.
USM satu-satunya universiti di dunia diberi hak kaji koleksi digital surat Francis Light
Koleksi bersejarah itu bakal merubah lanskap sejarah Pulau Pinang malah juga di dunia apabila tercetusnya sebuah projek dikenali sebagai 'The Beacon of Light @ USM'.
Tahukah anda tentang arkeopelancongan?
USM merupakan universiti yang bertanggungjawab mempromosikan tapak arkeologi utama di Malaysia.
Semakan status permohonan kemasukan ke universiti awam mulai hari ini
Sebanyak 58,011 permohonan telah diterima dan 54,618 (94.2 peratus) adalah calon yang layak dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian.
Pelan Pendidikan Tinggi dibentang Mac tahun ini
Pelan itu kini dalam proses penilaian akhir dan dijangka dapat dibentangkan Mac depan.