FINAL Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia-Vietnam tidak lekang daripada fikiran rakyat Malaysia untuk tempoh dua minggu ini.
Bibit-bibit final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang padat dengan aksi dan tempo tinggi, masih bermain di fikiran sesetengah peminat bola sepak, tak kira sama ada anda rakyat Malaysia atau sebaliknya.
Dalam perlawanan yang berlangsung Selasa lalu itu, kelincahan skuad Naga Emas memaksimumkan setiap pemain mereka dengan permainan serangan balas dan hantaran pantas menjadi pengajaran kepada skuad Harimau Malaya untuk pusingan kedua hujung minggu ini.
Tetapi selain bola sepak, ada satu lagi perkara yang boleh Malaysia pelajari daripada Vietnam.
Daripada kemusnahan bangkitnya kemajuan: Kisah Vietnam
Empat dekad lalu pada 1975, Vietnam merupakan antara negara termiskin dunia.
Berikutan perang yang berterusan selama 20 tahun, infrastrukturnya musnah, ribuan rakyatnya terkorban, dan sawah-sawah padinya rosak akibat penggunaan senjata kimia sewaktu perang.
Namun hari ini, senario sebaliknya pula yang dapat dilihat pada Vietnam yang muncul sebagai sebuah negara contoh di ASEAN.
Kajian firma PriceWaterhouseCoopers pada 2017 mengangkat Vietnam sebagai ekonomi paling pesat berkembang di dunia.
Ia juga dijangka menjadi antara 50 ekonomi terbesar dunia menjelang 2050.
Apa rahsia Vietnam?
Bagi Presiden Dewan Perniagaan Vietnam Malaysia, Datuk Theng Bee Han, kebangkitan Vietnam ialah kerana keterbukaannya membuka pintu negara itu kepada dunia luar.
“Yang paling penting ialah rakyat Vietnam. Mereka sedia menerima rakan-rakan asing untuk bekerja di Vietnam dan ini mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti untuk para pelabur di Vietnam.
“Di Malaysia kita juga perlu telus dan longgarkan polisi pelaburan yang rumit. Dari segi teknologi pula, kita perlu pastikan rakyat kita sedia menerima konsep baharu, idea baharu dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang mesra,” katanya.
Selepas Perang Vietnam, di antara 1975 dan 1997, seramai 1.6 juta warga Vietnam menjadi pelarian ke Amerika Syarikat (AS).
Sebahagian daripada kumpulan ini kemudian menetap dan bekerja di AS dan negara Eropah, sebelum kembali ke Vietnam untuk membantu membangunkan semula negara itu dengan ilmu dan kemahiran yang mereka pelajari.
Walaupun bukan seorang pelarian, Pham Thai Hung antara warga Vietnam yang membesar di Vietnam, sebelum berpindah ke AS untuk bekerja sebagai perunding kewangan.
Pada beliau, Vietnam boleh mencapai tahapnya hari ini kerana kesudian untuk memperbaharui dirinya.
“Pada 1984-1985, kami masih lagi risau sama ada kami cukup makan atau tidak setiap hari. Kemudian, polisi pengembangan ekonomi Đổi Mới mula diperkenalkan sekitar tahun 1986,” katanya.
“Đổi Mới” adalah siri penstrukturan semula ekonomi Vietnam yang dimulakan pada 1986 untuk menjadikan ekonomi negara itu lebih terbuka dan berorientasikan pasaran.
“Pada ketika itulah Vietnam mula membuka pintu kepada pelaburan asing, dan pelaburan asinglah yang telah membentuk semula ekonomi kami, meningkatkan eksport kami, dan membawa masuk dana untuk membangunkan infrastruktur yang kami sangat perlukan pada waktu itu,” katanya.
Beliau berkata, tidak salah untuk rakyat sesebuah negara berpindah dan bekerja di negara lebih maju.
Tetapi apa yang penting, katanya, kesudian mereka untuk pulang dan bantu membangunkan tanah air.
Jadi ketika kita leka menanti final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam Sabtu ini, ingatlah, ada sisi lain kepada apa yang kita boleh pelajari daripada jiran ASEAN kita – selain bola sepak.
Luqman Hariz
Thu Dec 13 2018
Ada yang berpendapat Vietnam bakal 'potong' Malaysia dalam menjadi ekonomi moden. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Tigers Resurrected: Kejayaan sukan perlu usaha berbilang kaum
"Bukan semua skuad dan mereka di belakang tabir semasa Suzuki Cup 2010 orang Melayu sahaja," kata pengarah dokumentari Road to Nationhood, Ahmad Yazid.
Inilah ASEAN sebenar! Ultras Malaya berpesta di jalanan Hanoi, warga tempatan sambut mesra
Dalam satu video yang dimuat naik oleh stesen Radio Era, ia menunjukkan penyokong Malaysia diraikan dengan mendapat tepukan dan sorakan walaupun pasukan Malaysia gagal meraih kejuaraan.
Syed Saddiq kongsi pengalaman 'mengekor' ke Hanoi
Dalam perkongsian di Instagram, Syed Saddiq memuji sistem tiket yang diamalkan Vietnam dan mengakui Malaysia boleh banyak belajar dalam hal ini.
Piala AFF: Pesta menonton #WeBelangTogether, ribuan banjiri Dataran Merdeka
Ribuan penyokong membanjiri Dataran Merdeka di ibu negara malam ini bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam.
Final AFF Suzuki: Pemuda ini berhasrat memandu sampai Hanoi, tetapi...
'Kerja gila' ini bukan perkara baru malah beliau menaiki bas sehingga ke Bangkok.
Demam final Piala AFF: 5 jenis perempuan yang gila tengok bola
Jangan terkejut apabila anda melihat kehadiran wanita di stadium, atau turut sama menyaksikan perlawanan di kaca televisyen.
Vietnam mungkin 'potong' kita dalam hal ini juga
Sisi lain hubungan Malaysia-Vietnam yang wajar kita ambil iktibar.
Empat penerbangan khas ke Hanoi pada tambang RM449 - Tony Fernandes
AirAsia akan menyediakan empat penerbangan khas ke Hanoi sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.
Syed Saddiq minta 'ekor harimau' jaga perlakuan dan 'have fun'
Syed Saddiq ajak semua 'have fun' di perlawanan final pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2018.
Final Piala Suzuki AFF: Siapa 10 paling segak atas padang malam ini?
Siapakah yang akan 'mencuri' mata dan hati penyokong tegar Harimau Malaya dan Naga Emas malam ini?