awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final AFF Suzuki: Pemuda ini berhasrat memandu sampai Hanoi, tetapi...

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2018
03:40 MYT
Final AFF Suzuki: Pemuda ini berhasrat memandu sampai Hanoi, tetapi...
Empat bersahabat memutuskan untuk memandu sehingga ke Bangkok sebelum menaiki pesawat ke Hanoi. Foto Zac Zahari
EMPAT penyokong Harimau Malaya hampir bikin kerja gila apabila berhasrat untuk memandu dari Kuala Lumpur terus ke Hanoi bagi menyaksikan perlawanan timbal balik aksi final Piala AFF Suzuki di Hanoi yang dijadual berlangsung malam ini.
Setelah menyedari risiko kemungkinan mereka tidak akan sampai tepat pada masanya, akhirnya empat sahabat berkenaan Mohd Abdul Rauf Husin, Azidi Dzahari, Weesyarn Cheisongkhram dan Manvinderjit Singh memutuskan untuk memandu sehingga ke Bangkok sebelum menaiki pesawat ke Hanoi.
Setelah menyedari risiko kemungkinan mereka tidak akan sampai tepat pada masanya mereka memilih untuk hanya memandu ke Bangkok dan menaiki pesawat dari Bangkok ke Hanoi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bangkok memakan masa lebih 24 jam menyebabkan mereka terpaksa berhenti di beberapa tempat untuk mengisi minyak dan berehat seketika. Foto oleh Zac Zahari.
Azidi menyatakan bahawa 'kerja gila' ini bukan perkara baru malah beliau menaiki bas sehingga ke Bangkok bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir lalu apabila pasukan Malaysia bertemu Thailand di Stadium Rajamangala sewaktu ketika perlawanan separuh akhir tempoh hari.
Mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada Khamis sebelum sampai ke Bangkok pada petang Jumaat sebelum menaiki pesawat dari Bangkok untuk ke Hanoi, juga pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#AFF Suzuki Cup
#Bangkok
#final
#Hanoi
#Harimau Malaysia
#pesawat
#Thailand
#Vietnam
#WeBelangTogether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan