UMNO Pulau Pinang meminta bekas Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar supaya membatalkan hasratnya mahu bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen kawasan berkenaan, demi kepentingan parti dan Barisan Nasional.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, UMNO akan jadi parti dinosaur sekiranya semua pemimpin tidak mahu berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin baru untuk ke depan.
"Inilah proses transformasi. Kalau sepanjang masa calon lama akan menentang calon baru, sampai bila UMNO akan melakukan transformasi? Maka UMNO akan jadi dinosaur sebab semua orang hendak pegang jawatan hingga akhir hayat," katanya semasa ditemui di pejabatnya, di sini.
Jelas beliau, sudah sampai masanya pemimpin yang berpengalaman membantu proses peremajaan parti dan memberi ruang kepada barisan pimpinan baru untuk mengambil alih.
Zainal diminta mengulas hasrat bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor sebagai calon bebas yang menyokong Pakatan Rakyat.
Shariff berbuat demikian kerana kecewa tidak disenaraikan sebagai calon BN bagi pilihan raya umum ke-13 ini dan menganggap kerusi itu hanya "dipinjamkan" kepada calon lain pada pilihan raya umum yang lalu.
Menurut Zainal, pihak berharap Shariff akan menimbang semula hasratnya itu kerana UMNO dan BN memerlukan sokongan dan khidmat semua ahli parti termasuk golongan veteran bagi memenangkan calon parti.
Malah kata beliau, Shariff wajar berbuat demikian kerana calon UMNO dan BN yang bertanding di kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan orang lain tetapi penyokong-penyokong beliau juga sebelum ini.
"Saya rasa elok sangat dapat timbangkan semula (hasrat untuk bertanding) kerana calon yang kita kemukakan di DUN dan Parlimen adalah anak buah beliau belaka," kata Zainal.
Mengenai pemilihan calon, Zainal menjelaskan pemilihan dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk diyakini mampu berkhidmat dengan baik sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, Shariff memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk bertanding di kerusi parlimen berkenaan atas permintaan Pengerusi BN ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Nor Mohamed menang mengalahkan calon Pas, Ismail Salleh dengan majoriti 4,547 undi.
Pada pilihan raya umum 2004, Shariff mengalahkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti yang lebih besar, 10,183 undi.
BN yang mengumumkan senarai calonnya semalam menamakan Ketua Bahagian UMNO Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor. Beliau berpindah dari kerusi DUN Permatang Berangan.
Dalam pada itu, Zainal yakin calon pilihan BN itu akan mendapat sokongan akar umbi berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima selepas pengumuman pada Selasa.
Beliau juga percaya, suara bantaran dan tidak puas hati itu "hanya mewakili segelintir ahli UMNO dan tidak akan menjejaskan gerak kerja parti."
Ditanya apakah nama-nama ahli UMNO yang terlibat cuba mensabotaj calon BN ini akan diserahkan kepada lembaga disiplin parti untuk tindakan, Zainal berkata, tindakan hanya akan diambil sekiranya mereka ini benar-benar terbukti mensabotaj parti.
"Kita tunggu sampai 20 haribulan (hari penamaan calon). Kalau mereka kemukakan (diri) sebagai calon bebas atau calon Pakatan Rakyat, secara automatik akan dipecat daripada parti, tidak payah (tunggu) jawatankuasa (pemantau) buat laporan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen yang dihubungi enggan mengulas perkembangan ini.
"Saya tiada apa-apa kenyataan setakat ini," katanya.
Lembaga Disiplin UMNO sebelum ini telah melantik pemantau di setiap kawasan parlimen dan dewan undangan negeri bagi melaporkan kes sabotaj parti untuk tindakan disiplin lebih awal diambil terhadap ahli-ahli parti yang terlibat.
Tindakan itu termasuk dipecat daripada parti atau digantung keahlian.
Astro Awani
Wed Apr 17 2013
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Rakyat cabar Nasruddin dan Saifuddin di Indera Mahkota?
Barisan Nasional (BN) Pahang dijangka meletakkan harapan memenangi kerusi panas parlimen P082 Indera Mahkota ditangan Datuk Dr Johan Mat Sah.
Beri peluang Umno terajui BN P. Pinang - Reezal Merican
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.
PR teruskan perhimpunan bantah keputusan PRU-13
Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)di Stadium Kelana Jaya malam ini.
Bantahan terbuka tidak akan ubah keputusan PRU13 - SPR
Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
PM S'pura ucap tahniah kepada Najib atas kemenangan PRU13
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada PRU-13.
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah hari ini
Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Rakyat Cina tidak hargai jasa saya-- Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
BN peroleh majoriti 2/3 untuk tubuh kerajaan Sabah
BN) mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kemenangan besar buktikan BN masih relevan di Perlis
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Perlis pada PRU-13 semalam membuktikan parti itu masih relevan dan diperlukan rakyat.
BN rampas semula Kedah, gagal di Selangor dan Kelantan
BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) namun sekali lagi gagal di Kelantan.