Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Bharu menyifatkan tindakan beberapa pemimpinnya mengeluarkan kenyataan baru-baru ini mendakwa parti itu dalam keadaan bermasalah, sebagai tindakan jahat untuk merosakkan parti.
Timbalan Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Datuk Wan Rosdi Mat Rasik berkata, mereka yang terlibat akan diambil tindakan selepas Setiausaha Agong parti meneliti laporan yang dikemukakan bahagian itu.
Katanya, laporan tersebut telah dihantar ke PPBM Pusat pada Isnin, hari yang sama beberapa individu itu mengadakan sidang media di sini.
Mereka yang terlibat akan dipanggil dan berdepan tindakan sama ada dipecat atau diberikan amaran.
"Apa yang telah dibuat itu semata-mata perancangan jahat mereka, dalam bentuk, saya fikir, mempunyai hasrat hendak memecahkan parti.
"Sebab, peringkat awal tertubuh parti, kita akan ambil sesiapa sahaja secara rawak," kata Wan Rosdi kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini malam tadi.
"Kita tak jangka. Mereka dari Pas, atau UMNO, boleh jadi masuk Bersatu (PPBM) sebagai perisik, atau samaran. Dan bila terdesak, mereka membuat demikian," tambahnya lagi.
Beliau berkata begitu ketika diminta mengulas tindakan beberapa ahli PPBM Kota Bharu itu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan dalam Pakatan Harapan, terutama Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang dilihat menguasai Pakatan di negeri itu.
Terlibat mengadakan sidang media pada Isnin, ialah Naib Ketua PPBM Kota Bharu Mohd Nor Hashim Che Min, Ketua Armada PPBM Kota Bharu Nik Mohd Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu Normala Ab Kadir.
Kumpulan ini mendakwa, agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak adil dan banyak kelebihan diberikan kepada Parti Amanah Negara serta DAP
Sebaliknya, Wan Rosdi berkata, PPBM Kota Bharu tidak pernah mendengar rungutan dari jawatankuasa parti peringkat bahagian termasuk dari mereka yang terlibat itu sebelum ini.
Beliau mengakui, kemasukan secara rawak ahli PPBM sewaktu pendaftaran menyukarkan kepimpinan mengetahui secara dekat latar belakang mereka yang kadangkala mungkin mempunyai niat untuk merosakkan parti dari dalam.
Menurutnya lagi, pembahagian kerusi melibatkan Parlimen di Kelantan sudah diputuskan dalam mesyuarat Pakatan manakala pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dimuktamadkan.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 14 2018
Wan Rosdi berkata, PPBM Kota Bharu tidak pernah mendengar rungutan dari jawatankuasa parti peringkat bahagian termasuk dari mereka yang terlibat itu sebelum ini. Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak benarkan syarikat Israel berada di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Yusri label pemain The Red Warriors wira sebenar
Dia cukup bangga dengan prestasi barisan The Red Warriors petang semalam, sekali gus meraih mata penuh dalam kempen Liga Perdana yang tertangguh sejak Mac lalu.
Dakwa parti bermasalah, tindakan berniat jahat - PPBM Kota Bharu
Mereka yang terlibat itu akan diambil tindakan selepas Setiausaha Agong PPBM meneliti laporan yang dikemukakan PPBM bahagian itu.