UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah siapkan mekasnisme terbaik bagi hadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, menerusi jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri beberapa hari lalu mampu menjadi senjata ampuh baharu bagi BN.

Jelas Khairy, JR Plus merangkumi semua aspek dan mampu memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum yang ke-14 nanti.

“Saya rasa kita tidak lagi bergantung kepada kelemahan orang lain, tetapi kita telah mempersiapkan diri kita," ujarnya yang teruja dengan kehadiran pada majlis pelancaran JR Plus baru-baru ini.

Khairy ditemui media selepas merasmikan hari Sukan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2, Subang, di sini.