MCA sekali lagi menyeru komuniti Cina agar memberi sokongan padu kepadanya bagi membolehkan isu-isu dihadapi kaum itu dapat diselesaikan segera di peringkat atasan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kekalahan parti itu semasa pilihan raya umum (PRU) yang lepas, menyebabkan isu-isu yang membelenggu kaum Cina tidak dapat dibawa ke peringkat tersebut.
"Saya seru masyarakat Cina untuk memberi sokongan kepada wakil MCA semasa PRU akan datang supaya kami dapat mewakili mereka di peringkat kerajaan.
"Sekali gus dapat membantu selesaikan masalah yang dihadapi mereka," katanya kepada media di Karnival Jom, Teguh Bersama, di Titi dekat sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pemuda MCA kebangsaan Datuk Chong Sin Woon, Pengerusi MCA negeri Datuk Seri King Lim Chin Fui dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan berkata kaum Cina kini sudah sedar wakil rakyat yang dipilih mereka semasa PRU lepas, tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.
Sementara itu, Liow berkata Karnival Jom Teguh Bersama itu merupakan julung kali diadakan di negeri ini.
"Karnival ini akan menjelajah ke seluruh negara dan bertujuan membolehkan rakyat tempatan tahu program MCA yang mendatangkan banyak manfaat kepada ahli dan komuniti.
"Di MCA, kita ada lebih 20 program yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017
LIOW: Beri sokongan kepada MCA untuk bawa isu kaum Cina ke peringkat tertinggi.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Nanta serius berhubung kuota etnik dalam perkhidmatan awam Sarawak
Ia adalah untuk membawa pembaharuan yang bermakna, dan penambahbaikan kepada sistem semasa bagi pengambilan pegawai perkhidmatan awam Sarawak.
RMK-12: Kerajaan rangka strategi sosioekonomi kaum Cina, India
Inisiatif itu selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan kesejahteraan isi rumah berpendapatan rendah semua kaum diberi keutamaan.
85 peratus peniaga Melayu di Bazaria Wangsa Maju
Menjawab provokasi segelintir pihak bahawa langkah DBKL memindahkan mereka dari tapak lama itu untuk menghapuskan perniagaan orang Melayu.
1,000 tawaran khas Program Matrikulasi kepada pelajar kaum cina B40 - Maszlee
Kementerian Pendidikan mengumumkan seribu penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi KPM kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada kaum cina berpendapatan rendah B40.
Tiada penggabungan MCA dan Gerakan, hanya kerjasama rapat
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memuji hubungan baik antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Liow seru komuniti Cina beri sokongan padu pada MCA
MCA sekali lagi menyeru komuniti Cina agar memberi sokongan padu kepadanya bagi membolehkan isu-isu dihadapi kaum itu dapat diselesaikan segera di peringkat atasan.
Tiga faktor boleh sebabkan kaum Cina tingkatkan sokongan kepada BN
Tiga faktor itu adalah kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin hubungan baik dengan China; dan politik murni Barisan Nasional (BN).
Najib ucap Selamat Tahun Baharu kepada kaum Cina
Perdana Menteri berkata semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara.
BN perlu kaji kemorosotan sokongan kaum Cina
Barisan Nasional (BN) perlu menjalankan satu kajian mendalam berhubung kemerosotan sokongan kaum Cina terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dr M: Rumit jika MCA tidak wakili kaum Cina
Tun Dr Mahathir Mohamad. berkata sekiranya tiada menteri Cina dalam Kabinet, dengan itu siapa yang akan mewakili masyarakat itu.