Barisan Nasional (BN) perlu menjalankan satu kajian mendalam berhubung kemerosotan sokongan kaum Cina terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memahami mesej yang cuba disampaikan, kata beberapa anggota parlimen.
Mereka yang ditemui semasa menghadiri taklimat khas tertutup BN bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini berpendapat BN perlu meneliti perkara itu untuk mencari kaedah bagi menanganinya.
"Hak mengundi dan memilih mana-mana calon terletak pada seseorang individu dan BN perlu mengkaji bagaimana untuk memikat mereka dengan pendekatan yang lebih berkesan pada PRU akan datang," kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.
Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata Umno dan BN perlu memahami apa mesej yang cuba disampaikan pengundi Cina dalam PRU13 ini.
Katanya, masyarakat perlu memberi masa kepada kepimpinan parti untuk mencari jawapan kepada masalah tersebut untuk diperbaiki dan diperhalusi dengan lebih mendalam.
Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian akan dibuat oleh BN bagi mengkaji punca kekalahan di beberapa kerusi termasuk di kawasan tokoh-tokoh besar BN.
"Melihat kepada bilangan pengundi di beberapa tempat, pengundi cina rata-rata berpihak pada DAP dan pembangkang dan harus mencari sebab-sebabnya.
"Sebab itu, tokoh politik seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai (Timbalan Presiden MCA) menang tipis sahaja, ini sudah pasti memerlukan penelitian kenapa berlaku begitu," kata beliau.
"Kita perlulah cari kaedah menangani masalah ini kerana kita merupakan sebuah parti inklusif iaitu BN adalah parti untuk semua, dan kita mesti relevan untuk semua kaum dan tidak hanya bergantung sesuatu kaum sahaja," kata beliau.
Liow berkata parti itu menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan mengkaji semula masalah
Katanya, kekuatan laman web sosial yang menyebarkan pelbagai isu separuh benar oleh Pakatan Rakyat (PR) merupakan antara punca tercetusnya fenomena 'Tsunami Cina' yang memerangkap pengundi Cina untuk tidak memihak kepada BN.
Beliau mengakui PR terutamanya DAP mahir memainkan pelbagai isu yang tidak benar dalam laman web sosial untuk mengalihkan perhatian pengundi Cina.
"Mereka tahu kebanyakan first voters (pengundi muda) banyak menggunakan laman web sosial dan sebab itulah kebanyakan daripada pengundi muda ini memikirkan untuk mengubah kerajaan dengan menolak BN dan menyokong PR," katanya.
Bernama
Tue May 07 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.