Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini menyampaikan ucapan dasar buat kali terakhir pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-32 selepas memimpin parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1985.
Pada majlis perasmian persidangan tersebut di Dewan Hongkod KDCA di sini, pemimpin berusia 77 tahun itu menyifatkan ucapan dasarnya adalah kali terakhir sebagai presiden parti itu.
Selepas 32 tahun menerajui parti berbilang kaum itu dan kedua terbesar di Sabah, Pairin berkata parti itu kini dilihat lebih matang kerana sudah terlalu banyak cabaran, halangan, pengalaman pahit dan manis ditempuhi sepanjang tempoh tersebut.
"Saya percaya dengan sokongan berterusan, kesetiaan, kerja keras anggota parti dan penyokong di semua peringkat, parti ini akan terus cemerlang dan berkembang demi memperjuangkan nasib rakyat Sabah.
"Kita semua perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi, kerjasama dan komunikasi secara efektif untuk memastikan PBS akan terus relevan di hati rakyat.
"Adalah menjadi keinginan saya sebagai presiden parti agar semua rakan seperjuangan dan anggota parti untuk terus berkongsi misi, visi dan perjuangan PBS supaya parti ini akan terus berkekalan bagi berkhidmat untuk rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman merangkap Pengerusi BN Sabah serta Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Pairin berkata semua anggota PBS mesti bekerja keras untuk mengukuhkan kedudukan parti di peringkat akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau turut yakin dan percaya timbalannya, Ongkili, akan membawa legasi dan kepimpinan baharu kepada parti itu.
Katanya, PBS tidak pernah lari daripada perjuangan asal, namun pendekatan dan strategi parti itu dalam menghadapi perubahan iklim politik dan ekonomi perlu menerusi pembaharuan serta transfomasi untuk memenangi segala cabaran.
"Berilah sokongan dan kerjasama penuh anda semua untuk melancarkan peralihan kepimpinan ini. Saya percaya selagi kita berpegang ikhlas kepada misi, visi dan perjuangan parti, maka kita akan terus berada di hati rakyat Sabah dan negara Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, PBS juga berjanji akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan kepada semua kerusi-kerusi diperuntukan kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang sebagai membalas jasa baik dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
Pairin berkata, PBS tidak pernah lari daripada perjuangan asal, namun pendekatan dan strategi parti itu dalam menghadapi perubahan iklim politik dan ekonomi perlu menerusi pembaharuan serta transfomasi. - Gambar fail
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
PRU15: Semua Ahli Parlimen Sabah yang terpilih perlu bersatu
PRU15 amat signifikan apabila melibatkan sesi Parlimen selepas pilihan raya, terutamanya dalam konteks hak Sabah dalam MA63.
Joseph Pairin Kitingan dicadang sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu
KDCA mencadangkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai pengganti Yang Dipertua Negeri Sabah menggantikan Tun Juhar Mahiruddin.
Sabah Memilih: Pairin enggan buat kemunculan semula
Penasihat Perdana Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertegas tidak mahu membuat sebarang kemunculan semula pada pilihan raya kali ini.
Hanya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah - Joseph Pairin Kitingan
Tindakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada malam ini adalah bertentangan dengan perundangan.
Lupakan perpecahan dalaman, elak insiden sabotaj calon - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua pihak termasuk pemimpin dan jentera BN di negeri ini untuk segera melupakan perpecahan dalaman bagi mengelakkan insiden sabotaj calon di PRU14 nanti.
Kerajaan sokong usaha galakkan perdagangan antara Sabah dan China
Kerajaan negeri Sabah bersedia untuk bertindak sebagai pemangkin bagi mewujudkan banyak peluang perdagangan dan pelaburan penting.
PBS masih berharap Pairin bertanding pada PRU14
Pemangku Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu akan menggunakan ruang satu peratus yang diperuntukkan oleh Pairin untuk berunding mengenai perkara tersebut.
Pairin akan lepaskan jawatan Presiden PBS
Pada majlis perasmian persidangan tersebut di Dewan Hongkod KDCA di sini, pemimpin berusia 77 tahun itu menyifatkan ucapan dasarnya adalah kali terakhir sebagai presiden parti itu.
PBS mahu Kerajaan Persekutuan beri perhatian serius hak Sabah - Pairin
Pairin berkata isu utama dikemukakan itu merupakan hak-hak termaktub dalam MA63 merangkumi Borneonisasi dan penurunan kuasa selain memasukkan sejarah pembentukan Malaysia ke dalam sukatan pelajaran.
SPRM pelindung dan benteng terakhir masyarakat - Pairin
Masyarakat harus memberi sokongan padu kepada usaha SPRM memerangi gejala tidak bermoral itu serta bersedia menjadi mata dan telinga agensi itu dalam melaporkan kegiatan jenayah rasuah.