Tindakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada malam ini adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, tindakan Mohd Shafie itu tidak sah kerana Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah sebelum ini.
"Tindakan itu adalah salah, upacara angkat sumpah sebagai ketua menteri tidak boleh dilakukan semula kerana ketua menteri (Musa) telah mengadakan upacara mengangkat sumpah secara sah.
"Kenapa kita tidak belajar daripada kisah lalu, dan kenapa kita mengulang kembali peristiwa lalu itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: Musa Aman nafi letak jawatan Ketua Menteri Sabah
Dalam pada itu, Pairan mengumumkan bahawa PBS menarik diri daripada BN dan menawarkan untuk menerajui platform baharu bagi keterlibatan politik dalam kalangan parti-parti yang sehaluan di Sabah.
Beliau berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya, di peringkat negeri dan Persekutuan, adalah jelas bahawa platform BN bukan lagi gabungan politik yang berdaya maju.
"PBS akan terus menyokong kerajaan yang dibentuk secara sah dan kepimpinan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, dan menawarkan parti itu sebagai platform tunggal untuk semua wakil rakyat kerajaan negeri boleh menjadi anggota PBS bagi meneruskan perjuangan politik dan berkhidmat untuk rakyat.
"Modelnya ialah PBS campur iaitu PBS campur STAR. Semua wakil rakyat yang dipilih dari UMNO, UPKO dan PBRS, dan penyokong mereka, dijemput untuk menyertai PBS secara langsung sebagai anggota parti," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Pairin berkata pemimpin dan penyokong STAR akan kekal dalam parti mereka sendiri.
Ruzaini Zulkepli
Sat May 12 2018

Pairin (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat PBS, di Penampang, Sabah hari ini. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli

Tingkat pelaburan dengan keupayaan PBT menjana perolehan sendiri - UN-Habitat
Pendanaan berkualiti perlu dijana dengan menambah baik keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menarik pelaburan.

Peruntukan RM60 juta baiki jalan diluluskan hasil turun padang - MB Johor
Aktiviti turun padang sangat penting untuk memastikan realiti permasalahan sama seperti yang dilaporkan, selain untuk merasai denyut nadi rakyat.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

Bagaimana untuk merakyatkan kefahaman mengenai SDG? Ini cadangan UN-Habitat
Pihak kerajaan perlu menggubal dasar yang mudah difahami dan dilaksanakan, untuk membantu masyarakat memahami lebih lanjut mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Jun 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Mahkamah Rayuan Paris berpihak kepada Malaysia, ketepikan anugerah waris Sulu
Malaysia memperoleh kemenangan sekali gus mengenepikan penganugerahan timbang tara (purported arbitral awards) sebanyak AS$14.94bil (RM68.83 bilion) yang perlu dibayar kepada pewaris Kesultanan Sulu.

Penulis British diperintah bayar ganti rugi RM1.2 juta kepada Pengerusi Kumpulan Media The Edge
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis British Michael Backman membayar ganti rugi berjumlah RM1.2 juta kepada bekas pegawai bank dan Pengerusi Kumpulan Media The Edge Tan Sri Tong Koo

Aaron teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth
Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat didengar 28 Julai
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan calon Barisan Nasional Tan Sri M. Ramasamy untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.

Zahid tegaskan sudah serik dengan Pas
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Mei 2023.

PRN: BN, PH akan terus dapat sokongan pengundi - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan akan terus mendapat sokongan pengundi di Negeri Sembilan meskipun PN mendakwa akan berlaku "tsunami" orang Melayu di negeri ini pada PRN akan datang.

Ahli parti komponen PH, BN tiada masalah undi calon bukan parti sendiri - Salahuddin
Beliau percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan.

Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.

Konvensyen bukti Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil, berfungsi - Saifuddin
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan berfungsi.

BN tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad
Mohamad berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti.

UMNO masih relevan biar pun ada tanggapan parti "tidak bernyawa lagi" - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO masih relevan meskipun terdapat tanggapan bahawa parti itu seolah-olah "tidak bernyawa lagi".

PRN: Parti komponen BN bincang agihan kerusi malam ini - Zahid
Satu perbincangan melibatkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berlangsung pada malam ini bagi membincangkan agihan kerusi-kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.