Tindakan PAS yang bermusuhan dengan DAP dan tidak menyertai Pakatan Harapan berkemungkinan akan memberikan kelebihan kepada UMNO Pulau Pinang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata UMNO negeri bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk pertandingan dua, tiga atau empat penjuru dalam satu kawasan.
Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"UMNO sebagai parti yang telah melibatkan diri dalam Pilihan Raya sebanyak 13 kali sejak negara merdeka sudah tentu ada pengalaman. Kita mungkin akan ada kelebihan terpulang kepada tempat yang kita bertanding," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Tasek Gelugor di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata demikian ketika ditanya kemungkinan UMNO akan berdepan pertandingan tiga penjuru berikutan PAS yang kini bermusuhan dengan DAP dan juga PKR.
Namun Zainal Abidin berkata UMNO negeri harus menerima hakikat bahawa sokongan kaum bukan Melayu di Pulau Pinang terhadap parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) agak tidak memberangsangkan.
Beliau berharap pemikiran kaum bukan Melayu negeri akan berubah semasa PRU14.
Sekiranya pemikiran mereka tidak berubah, BN akan melancarkan strategi ''menafikan majoriti dua-pertiga" supaya kerajaan negeri ini tidak diberi kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja, kata beliau.
Pada 2015, PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan kini Muktamar PAS ke-63 yang sedang bersidang di Alor Setar, secara sebulat suara pula meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 30 2017
Zainal Abidin berkata UMNO negeri bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk pertandingan dua, tiga atau empat penjuru dalam satu kawasan. -Gambar fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Abdul Hadi kekal Presiden Pas
Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.
'Sanusi memang cerdik', Mursyidul Am Pas puji Menteri Besar Kedah
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegur dan meminta Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar menjaga percakapan.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ahli Pas tidak pernah diajar minta bayaran, habuan - Ketua Pemuda Pas
Ahli Pas tidak pernah diajar meminta bayaran atau mendapat habuan daripada perjuangan.
Mahu atau tidak, kerajaan ini mesti ditumbangkan - Sanusi
Katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh memberikan kelebihan kepada parti di bawah Kerajaan Perpaduan.
Nahas Muslimat Pas: Ibu bangga Nurul Najihah berbakti sehingga akhir hayat
Mashitah Shafie reda terima pemergian anak sulung dalam nahas jalan raya ketika sedang membantu mangsa kemalangan lain.
Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
Tiga ahli Muslimat Pas maut nahas dalam perjalanan pulang dari muktamar
Tiga ahli Muslimat Pas yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Muktamar Pas meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Tanjung Malim.
Tun Mahathir calon PRK Kemaman? Tidak, kata Abdul Hadi
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata Pas masih dalam perbincangan untuk memuktamadkan calon bagi PRK Kemaman.
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.