Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meminta kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakilnya dalam kerajaan negeri itu untuk mengundurkan diri mereka daripada memegang apa juga jawatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata demikian selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) semalam sebulat suara memutuskan tindakan PAS menerima usul tanpa bahas agar memutuskan hubungan dengan DAP, dengan sendirinya telah pun memutuskan hubungan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Selama ini kerajaan negeri mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan keahlian biasa PAS Pulau Pinang, tetapi nampaknya dimusuhi oleh kepimpinan baru PAS dan pendokong mereka di sini.

"Pendirian yang sama diambil oleh tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain yang meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang," jelas Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 'PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat' - Tuan Ibrahim
BACA: Rakyat ragu dengan pendirian terkini PAS, kata penganalisis

BACA: Pakatan Rakyat sudah tiada lagi - Kit Siang
BACA: Muktamar kecoh seketika kerana isu 'putuskan hubungan dengan DAP'
Selama ini kerajaan negeri mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan keahlian biasa PAS Pulau Pinang, tetapi nampaknya dimusuhi oleh kepimpinan baru PAS dan pendokong mereka di sini.

Beliau merasakan tindakan ahli-ahli PAS tersebut mengundurkan diri daripada jawatan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah patut dan bermaruah.

“MMK ingin memuji dan menyanjungi pengorbanan ketiga-tiga pemimpin PAS yang menunjukkan mereka lebih mementingkan maruah parti dan prinsip kerajaan negeri daripada memegang jawatan.

"Adalah tidak logik kepimpinan baru PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul ini “diterima” tanpa bahas dan “bukan dirujuk” oleh Muktamar PAS.

"Perlu diingati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil PAS.

Beliau juga mengingatkan kepimpinan baru PAS bahawa wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dilantik atas kesudian bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri dan berikrar dengan setia akan menerima arahan serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.

BACA: PAS akan arah anggotanya letak jawatan jika hubungan dengan DAP putus
BACA: Tiba masa PAS ganti tahaluf siyasi dengan tahaluf silaturrahim: Penganalisis
BACA:
PAS terima usul putus hubungan dengan DAP

Menurut beliau, keputusan memutuskan hubungan dengan DAP akan menyentuh prinsip ini yang mempunyai impak terbesar ke atas empat wakil PAS yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

"Ini disebabkan mereka akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan juga Ahli EXCO Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow.

"Oleh kerana kerajaan negeri memegang prinsip tata kelola atau urustadbir kerajaan baik ini, barulah Pulau Pinang dapat menikmati kemajuan dan kemakmuran," tambah beliau dalam kenyataan yang sama.

"Hanya pemimpin kerajaan negeri yang tidak memahami prinsip ini akan menyebabkan negeri yang dipimpin mereka terus mundur dan ketinggalan zaman."