Kerajaan diminta perkenal skim Subsidi Minyak 1Siswa bagi membantu mengurangkan beban golongan itu.

Perwakilan Mahasiswa Nasional, Ammar Adnan membuat saranan itu ketika membahaskan ucapan dasar presiden di sini hari ini.

Menurut Ammar, pelbagai skim diperkenal kerajaan sebelum ini terbukti membantu mahasiswa menangani kos sara hidup yang meningkat.

Justeru, beliau mencadangkan penyaluran subsidi kepada golongan mahasiswa diperluas.

Skim subdisi minyak ini boleh disalurkan menerusi penggunaan kad debit khas di stesen Petronas.