KUALA LUMPUR:Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) tidak berhasrat untuk kembali menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijangka diadakan pada awal tahun depan.
Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, buat masa ini pihaknya kekal bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun tetap menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, apa yang penting untuk PBB adalah memajukan negeri itu serta mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sejak keluar BN, kami bersifat friendly dengan Kerajaan Persekutuan dan bekerjasama erat dengan PN iaitu gabungan Ahli Parlimen yang terdiri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, UMNO dan juga komponen BN,” katanya selepas melancarkan Pelan Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) 2021-2025 di sini pada Selasa.
Sebelum ini, PBB bertindak keluar daripada BN selepas parti itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.
Dalam pada itu Fadillah berkata, pihaknya mahu memberi fokus dan tumpuan kepada pembangunan dan hak-hak Sarawak di bawah MA63.
“Sama ada akan balik kepada BN, sila tanya Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg), tapi buat masa ini kami tidak berhasrat.
“Saya juga tidak tahu apakah pilihan raya negeri akan diadakan serentak dengan PRU15 nanti. Itupun kena tanya ketua menteri kami dan juga Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)," ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Sep 29 2020
Fadillah berkata, buat masa ini pihaknya kekal bersama GPS, namun tetap menjalin kerjasama erat dengan kerajaan PN. - Gambar file
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Jalan ditutup seminggu, peniaga dakwa rugi ribuan ringgit
Peniaga-peniaga di pekan Kuala Kubu Baharu mendakwa kerugian ribuan ringgit susulan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Selangor, pada hujung bulan lalu.
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Selangor FC sedia terima sebarang kemungkinan
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Mariyam Shabeena duta baharu Maldives ke Malaysia
Maldives telah melantik Dr Mariyam Shabeena Ahmed sebagai Pesuruhjaya Tinggi baharunya ke Malaysia.
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.