KUALA LUMPUR: Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding merebut mata.
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata ketajaman tekong boleh menjadi faktor utama kemenangan apabila sesuatu pasukan dapat mengutip mata berturut-turut hasil perlaksanaan servis tajam yang sempurna oleh tekong terbabit.
"...tapi kali ini apabila bertukar servis momentum dia (tekong) itu mungkin bermasalah, mana kita tahu? Itu (yang) saya kira ada ruang sedikit kepada semua termasuk pemain-pemain kita," katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Malaysia di sini malam tadi.
Mohd Sumali berkata pasukan gabungan pemain berpengalaman dan baharu itu seharusnya menerapkan semangat juang tinggi untuk memastikan sasaran final dalam ketiga-tiga acara yang disertai mampu dicapai.
Beliau turut menegaskan pihaknya akan mengambil langkah berjaga-jaga tidak kira di lapangan pertandingan ataupun tempat tinggal pemain bagi memastikan keselamatan mereka.
"Untuk pemain (Malaysia pula) kebiasaannya memang ada satu peraturan ataupun disiplin...keluar ke mana-mana tanpa kebenaran automatik pemain ini kita akan ambil tindakan tegas dan saya percaya memang semua pemain pun faham," katanya.
Sebanyak 21 negara akan berentap dalam kejohanan dunia itu dengan 12 negara bersaing dalam kategori Premier termasuk Malaysia dan sembilan negara lagi berentap dalam Divisyen 1 yang dibarisi antaranya Iran, Jerman, Arab Saudi dan Pakistan.
Dalam acara berpasukan yang merupakan acara tumpuan, skuad sepak takraw negara diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun dan Brunei.
Bagi kategori regu pula, Malaysia sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B manakala dalam saingan double, menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Ketajaman tekong boleh menjadi faktor utama kemenangan apabila sesuatu pasukan dapat mengutip mata berturut-turut hasil perlaksanaan servis. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia
Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan P
Piala Dunia: Jangan khayal, misi skuad takraw belum lengkap - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam.
Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.
Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.