'Tan Sri Muhyiddin adalah penyelamat, bukan pengkhianat.'
Itu pandangan segelintir pihak termasuk mereka yang pernah dilihat memihak kepada kem Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat kepada mandat rakyat.
Malah ia jauh meleset daripada realiti sebenar, tegas Naib Presiden Bersatu, Datuk Abdul Rashid Asari.
Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu lagi, Muhyiddin, yang juga Pemangku Pengerusi Bersatu, sebaliknya adalah ‘penyelamat’.
Abdul Rashid berkata, apa yang Muhyiddin lakukan, termasuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baharu sehinggalah dilantik Perdana Menteri, hanya selepas mendapat persetujuan daripada Dr Mahathir sendiri.
“Bila Tun Mahathir berkata baiklah, kalau rasa boleh menang silakan. Tun Mahathir memberi kebenaran kepada Muhyiddin untuk berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong dan apabila mendapat kebenaran daripada Tun Mahathir sendiri, lalu Tan Sri (Muhyiddin) mengumpulkan beberapa ahli parlimen yang terdiri daripada JPS Sarawak, Pas, UMNO.
“Apabila cukup lengkap keahlian ahli parlimen yang menyokong beliau untuk menubuhkan kerajaan, pada masa itu kalau tidak silap saya, Tan Sri Muhyiddin membawa 118 ahli parlimen yang menyokong beliau,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditanya mengenai persepsi negatif segelintir pihak terhadap kumpulan sokongan kepimpinan Muhyiddin.
Sebelum ini, Tun Mahathir mendakwa Muhyiddin telah mengkhianatinya apabila beliau menerima sesiapa sahaja daripada UMNO termasuk pemimpin yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) serta pemimpin yang masih berdepan kes perbicaraan di mahkamah.
Dalam pada itu, Ketua Bersatu Bahagian Sungai Besar, Hasnizam Adham pula beranggapan bahawa parti Bersatu akan lebih kukuh sekiranya ahli parti menyokong Presiden dan pemangku Pengerusi parti itu iaitu Muhyiddin.
“Walaupun saya menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukan bermaksud saya menidakkan kepimpinan penyokong-penyokong ideologi Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun pernah ajar, ingatkan, parti lebih utama, jadi pada saya, saya beranggapan Tun Mahathir memberi mesej, hari ini kalau sayangkan parti, you kena stay (setia) dengan parti,” tambahnya lagi.
Muhyiddin sebelum ini secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden Bersatu selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti itu bulan depan.
Turut menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga menjadi calon tunggal jawatan tersebut.
Pengumuman secara rasmi mengenai keputusan pemilihan itu akan dibuat selepas selesai kesemua mesyuarat Bahagian Bersatu yang dijangka pada September ini.
Saraya Mia
Wed Jul 29 2020
Abdul Rashid berkata, apa yang Muhyiddin lakukan, termasuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan baharu, hanyalah selepas mendapat persetujuan daripada Dr Mahathir sendiri. - Gambar Fail
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Sokongan ADUN Selat Klang perkukuh Kerajaan Perpaduan Selangor - Amirudin
Tindakan Abdul Rashid pastinya menyuntik lebih motivasi kepada pendukung PH, khususnya ahli PKR di semua peringkat untuk terus berjuang.
Sokong MB Selangor: 'Terpulang kepada Bersatu, keputusan saya muktamad' - Abdul Rashid
ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyerahkan nasibnya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Kes pukul pengawal peribadi: Bersatu Selangor bantu mulakan saman ganti rugi
Abdul Rashid berkata buat masa ini kedua-dua mangsa terlibat tidak diwakili mana-mana peguam.
PN Selangor bincang pelantikan 18 penyelaras Parlimen dalam mesyuarat esok
PN Selangor akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan pelantikan penyelaras di 18 Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Pemilihan Bersatu: 'Muhyiddin penyelamat, bukan pengkhianat' - Abdul Rashid
Tan Sri Muhyiddin Yassin penyelamat dan bukan pengkhianat.