Pemuda Barisan Nasional (BN) diberi masa tiga bulan untuk mempersiapkan kesiagaan jentera Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka boleh diadakan pada bila-bila masa.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengeluarkan arahan untuk memulakan persiapan jentera parti susulan rakyat diselubungi mood pilihan raya.
Katanya, tempoh tiga bulan itu adalah bagi memastikan segala persiapan akhir menjelang PRU14 boleh terus diperkemaskan susulan gerak kerja yang telah mula dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.
Berikutan arahan pengerusi BN, katanya, beliau telah menggerakkan jentera Pemuda daripada sekarang, bermula dengan Pemuda BN Bahagian Tanjong Karang.
"Saya harap bahagian lain juga akan teruskan gerak kerja dekati pengundi khususnya golongan muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Anak Muda Tanjong Karang, di sini, pada Sabtu.
Perhimpunan lebih 1,000 penduduk tempatan itu turut disertai Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang.
Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy, yang jua Menteri Belia dan Sukan, berkata parti lawan hanya sekadar menghasut rakyat dengan memburuk-burukkan kerajaan malah tidak menjanjikan sebarang manfaat khususnya kepada golongan muda.
Katanya, pelbagai masalah pentadbiran negeri Selangor pimpinan pembangkang yang masih tidak selesai membuktikan parti lawan memang tidak bersedia membela nasib rakyat.
"Program TN50 (Transformasi Nasional 2050) diilham Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) contohnya, tidak hanya lihat masalah hari ini tapi ia menunjukkan BN janji bela nasib rakyat sehingga 30 tahun akan datang.
"Hanya BN mampu lakukannya dan kita (jentera BN) mesti ada pemikiran menang iaitu kerjasama erat Pemuda, Wanita dan Puteri dapat membawa perubahan besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2017
Menurut Khairy, pelbagai masalah pentadbiran negeri Selangor pimpinan pembangkang yang masih tidak selesai membuktikan parti lawan memang tidak bersedia membela nasib rakyat. - Gambar fail
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.