Kerajaan akan mempertingkatkan perkhidmatan hospital di Sarawak selaras pelan di dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, ia termasuk menggantikan klinik-klinik lama dengan penambahbaikan serta naik taraf fasiliti perubatan di setiap premis terbabit.

"Klinik lama pula akan ditransformasi dengan perkhidmatan kesitahan dari sudut berbeza dengan klinik baru yang akan dibina.

IKUTI LAPOR LANGSUNG PENAMAAN CALON DI SINI


PRN Sarawak: DAP tukar calon saat akhir di DUN Stakan


Sarawak 2016: Barisan Nasional menang dua kerusi tanpa bertanding


"Saya akan menggunakan bidang kesihatan sebagai peluang untuk pembinaan satu bangunan klinik di Siburan.

"Ia sudah ada dalam perancangan selain beberapa lokasi lain di seluruh Sarawak. Kita di sini ada sebuah klinik lama namun akan dijadikan pusat perkhidmatan kesihatan dari sudut yang lain," katanya selepas mengiringi calon langsung BN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Subramaniam, klinik yang dirancang itu akan disiapkan menjelang tahun 2019 atau seawal 2018.

Sebelum ini, Subramaniam memaklumkan, pihaknya akan terus memperkasakan kemudahan perkhidmatan kesihatan di Sarawak menerusi pelaksanaan tiga projek pembinaan klinik dan hospital baharu serta menaik taraf kemudahan sedia ada di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Jelasnya, projek berkenaan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan (2016/2017) yang merupakan projek diberi keutamaan untuk dilaksanakan.