Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan keputusannya melantik Datuk Junaidah Kiting, yang juga merupakan isteri kepada setiausaha politik beliau sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.
Bercakap kepada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana malam ini, beliau berkata, individu berkenaan mempunyai kelayakan untuk memikul tugas berkenaan.
“This is the problem we faced. We are not supposed to give any position kepada orang yang bekerja keras untuk menjayakan parti kita. Sebaliknya yang dapat nikmat jawatan tertinggi adalah orang yang tak pernah tolong parti kita.
“Jadi amat kecewa orang yang bekerja bertungkus-lumus untuk memenangkan Pakatan Harapan, tetapi mengikut keputusan yang dibuat kita tak boleh lantik mereka walaupun mereka berkelayakan,” katanya kepada sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, malam ini.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, tidak ada salahnya untuk mereka berbuat demikian memandangkan individu terbabit mempunyai kelayakan, walaupun mempunyai kaitan dengan ahli parti politik.
“Jadi adakalanya kita pilih orang yang ada kaitan sedikit dengan parti kerana dia nya mempunyai kelayakan dan kita akan terus lakukan perkara sama kalau kita dapati ada orang yang ada kaitan dengan parti, bekerja kuat dengan parti, tetapi ada kebolehan untuk menjayakan tugas itu,” katanya lagi.
Sebelum ini timbul kontroversi mengenai pelantikan yang dibuat, kerana Junaidah merupakan isteri kepada Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.
Kontroversi itu timbul selepas Pakatan Harapan berulang kali menegaskan tiada lagi lantikan politik ke atas syarikat dan agensi berkaitan kerajaan, selepas mereka berjaya menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas.
Firdaus Azil
Mon Oct 07 2019
Perdana Mneteri , Tun Mahathir Mohamad pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Tak salah beri jawatan kepada orang yang kerja keras menangkan parti - Tun M
Amat kecewa orang yang bekerja bertungkus-lumus untuk memenangkan Pakatan Harapan, tetapi tidak boleh dilantik walaupun mereka berkelayakan
Isu pengusiran penduduk PPR akan selesai cara baik secepat mungkin - Wakil PM
Kedua-dua isu itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat dan dibimbangi akan menimbulkan suasana tidak harmoni.
Tarik balik saman Sarawak Report, pemimpin Pas didesak dedah perkara sebenar
Setiausaha Politik Perdana Menteri itu berkata keputusan yang dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sangat pelik.
Bersatu beri gambaran letak calon tempatan di PRK DUN Semenyih
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi gambaran akan meletakkan calon tempatan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal diadakan pada bulan hadapan.
Jangan polemik isu beri kontrak kepada ketua bahagian - Abu Bakar
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, cadangan tersebut hanya pandangan peribadi dan bukan satu keputusan atau ketetapan yang dipersetujui sebulat suara parti itu.
Orang Melayu dan Bumiputera disaran kukuh bersatu demi masa hadapan
anpa penyatuan dan kebersamaan adalah mustahil perubahan serta kemajuan bangsa terbabit dapat dicapai serta selari dengan kaum lain di negara ini.