Tiada parti yang boleh membentuk kerajaan negeri secara bersendirian di Sabah berikutan keputusan PRU14 menunjukkan parti-parti berkenaan tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
Barisan Nasional yang memperoleh 29 kerusi Dun hanya kurang satu kerusi untuk membolehkannya mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam dan dua kerusi.
Sekiranya Warisan, DAP serta PKR menjalinkan kerjasama, ia belum membolehkan parti-parti itu membentuk kerajaan kerana jumlahnya hanya 29 kerusi, kurang satu kerusi untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Oleh kerana BN dan Warisan serta dua rakan kerjasama Warisan (DAP dan PKR) masing-masing memiliki 29 kerusi, maka kedua-kedua parti memerlukan sokongan daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) yang memiliki dua kerusi untuk memperoleh majoriti mudah.
Sehingga ke saat ini, parti Solidariti pimpinan Datuk Jeffrey Kitingan belum menunjukkan pilihannya sama ada BN atau Warisan.
Difahamkan, Mohd Shafie akan mengadakan sidang berita pada 9 pagi ini di kediamannya mengenai langkah berikutnya yang akan diambi parti berkenaan.
Pencapaian BN menjunam kepada 29 kerusi Dun berbanding 48 kerusi Dun yang dimenangi pada PRU13 manakala kerusi Parlimen yang dimenangi turut merosot kepada lebih separuh iaitu daripada 22 kerusi pada PRU13 kepada cuma 10 kerusi pada PRU14.
Malah, BN Sabah turut dikejutkan dengan kekalahan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kerusi Dun Tambunan manakala presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah Datuk Teo Chee Kang turut kecundang di Dun Tanjong Kapor.
Naib presiden parti Gerakan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Timbalan Pengerusi MCA Sabah Datuk Francis Goh turut kecundang di DUN Tanjong Papat dan DunKapayan.
Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Musa Aman dapat mempertahankan kerusi Dun Sungai Sibuga dengan majoriti 2,184 undi, yang merosot berbanding 11,569 undi pada PRU13.
Naib Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan pemangku presiden Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau maing-masing mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu dan Parlimen Tuaran yang dimenangi pada PRU13.
Meskipun memenangi 22 kerusi Dun namun, bilangan itu tidak sampai separuh daripada keseluruhan 45 kerusi Dun yang ditandingi parti berkenaan.
Mohd Shafie sendiri berjaya memenangi kerusi Dun Senallang dengan mengalahkan Datuk Seri Nasir Tun Sakaran iaitu sepupunya sendiri dengan majoriti 5,301 selain mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang dimenanginya melalui tiket BN pada PRU13.
Pada PRU14, Warisan berjaya memenangi lapan kerusi Parlimen manakala PKR dan DAP masing-masing tiga dan Solidariti satu kerusi.
Bernama
Thu May 10 2018
Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam dan dua kerusi. - Gambar fail
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).