Wartawan Astro AWANI betul-betul bergaya!

Ya, bukan sahaja dibekalkan dengan dua pakaian seragam berwarna hitam dan putih, malah wartawan bertugas tampil bergaya dengan skaf bandana berwarna merah jambu.

Skaf bandana ini juga boleh dipakai dengan pelbagai gaya berbeza mengikut kesesuaian si pemakai.

Berikut antara gaya berbeza yang ditampilkan wartawan Astro AWANI sempena dengan hari mengundi.

Wartawan Astro AWANI bergaya dengan skaf bandana merah jambu mengikut cara ikatan yang dipilih.