Pengurus Burnley, Sean Dyche, menolak dakwaan pasukannya bermain secara 'anti-bola sepak' selepas mengikat Chelsea 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Selasa.
Burnley meraih satu mata berharga yang akan membantu kelangsungan mereka dalam EPL musim depan, namun pertahanan Chelsea, David Luiz, menuduh mereka bermain secara 'anti-bola sepak'.
Bagaimanapun, Dyche menyangkal dakwaan Luiz itu dengan berkata pasukannya sudah membuktikan perkara berbeza sepanjang musim ini.
"Baiklah, dengan perbelanjaan hanya £58 juta (RM311.3 juta), ia memaksa kebanyakan pemain untuk mencari jalan bagi mendapatkan 40 mata dalam Liga Perdana Inggeris, jadi saya amat gembira untuk meraih keputusan seri," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Dengan 28 mata daripada 16 perlawanan, anda tidak dapat melakukannya dengan anti-bola sepak.
"Sebaliknya, ia memerlukan permainan yang baik untuk memperoleh mata sebanyak itu.
"Kami berada di kedudukan yang kukuh, namun anda perlu menggunakan fakta.
"Kami sedar ia petanda besar untuk meraih 40 mata, namun anda perlu menilainya," katanya.
Keputusan seri itu meletakkan Burnley berkelebihan sembilan mata daripada zon penyingkiran dengan hanya tiga perlawanan berbaki musim ini manakala ia memberikan kesan negatif terhadap usaha Chelsea untuk menamatkan musim di kelompok empat teratas.
Dyche tidak terkesan dengan pandangan yang dilontarkan lawannya itu, sebaliknya memuji Burnley kerana mencari jalan untuk memperoleh keputusan yang sewajarnya.
"Mereka boleh melontarkan pandangan seperti apa yang mereka mahukan.
"Semua orang boleh memberikan pandangan.
"Jika kami mampu memiliki pemain yang setaraf meraka, saya dan setiap pengurus lain pasti gembira untuk melakukan 600 hantaran dan sentiasa memenangi perlawanan.
"Namun, ia tidak semudah itu.
"Anda perlu lakukan apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan kemenangan dan kejayaan.
"Lihat sahaja jumlah pemain yang kami bentuk, ketekunan pasukan ini dan dari mana mereka tiba untuk bermain dalam Liga Perdana.
"Anda perlu menghayati saat ini dan kami sedang menikmatinya buat masa ini," tambahnya.
Astro Arena
Tue Apr 23 2019
Dyche menyangkal dakwaan David Luiz Burnley bermain secara 'anti-bola sepak'. - Foto Stadium Astro
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Dyche tolak dakwaan anti-bola sepak
Pengurus Burnley, Sean Dyche, menolak dakwaan pasukannya bermain secara "anti-bola sepak" selepas mengikat Chelsea 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.
Luiz tuduh Burnley bermain anti-bola sepak
Pertahanan Chelsea, David Luiz, mendakwa Burnley bermain secara "anti-bola sepak" ketika terikat 2-2 dalam saingan EPL di Stamford Bridge, awal pagi Selasa.